Monday, February 20, 2012

yes! ini yang akhir

yes! ini cakap cakap sampah yang akhir sebelum gua pergi bercuti. panjaaaang. berapa panjang tu tak pulak diketahui. kalu ikut rancangan gua adalah sebulan dua. tapi  gua ini manusia yang suka merancang tapi tidak bijak merancang kerna kebanyakan peracangan gua selalu menuju kegalalan. kahkahkah. 

kalau perancangan gua menemui kejayaan total bagi seorang pengkalah seperti gua ini, makanya mungkin esok lusa gua akan terhegeh hegeh merepek lagi. jangan muntah pula itu jam.

jadi, sebelum gua berangkat untuk percutian entah sampai bila ini..makanya gua mohon maaf dari awal sampai sekarang ini. jenis manusia yang selalu lupa, lalai menjaga kata memang tak payah nak cakap -andai ada salah silap-, memang dah tentu tentu banyak salah silapnya. kahkahkah

sila maafkan. bila lu orang dah maafkan laju sikit kaki gua melangkah sepanjang cuti ni. senang sikit gua nak eksen ke lu orang dengan cerita gua sepanjang percutian gua nanti. kahkahkah.

ok. ok . gua pergi cuti dulu.

tak payahlah nak kirim sebiniye ke apa. kirim pakai air liur memang kirim salam lah. kahkahkah.

astaghfirullah...maafkan saya, saya bergurau cuma. kakakaka





ok. ok. jumpa lagi kalu diizin Tuhan
selamat semuanya!
selamat!


Wednesday, February 15, 2012

yes! edisi angan dalam sedar

sugguhpun satu hari nanti gua punya wang yang memampukan gua berlagak dengan cincin berlian jutaan ringgit di jari manis, ataupun bergaya dengan kain empat meter ribuan ringgit lengkap dengan tas tangan edisi khas,
sama sekali itu tak menjanjikan mampu pula gua membayar harga secangkir milo panas air tangan makcik jiran

gua syak makcik jiran ada letak dua tiga titik posyen. posyen kasih sayang tanpa syarat. mana tidaknya, sebaik sahaja gua menghirup milo panas itu gua terus terlupa dengan masaalah dunia.

fuh! ingat senang nak dapat secangkir milo panas semahal itu?

payah woi! payah!