Wednesday, December 29, 2010

kau rasa apa?

jasad kau seharusnya sedang sibuk di pejabat, tetapi ruh kau jauh terbang ke satu sudut dalam hospital. merenung sayu wajah tua yang sedang menunggu saat tertunainya satu perjanjian.
dan sampai satu detik..perjanjian telah tertunai. jasad tinggal jasad .

lantas ruh kau dengan pantas mencari semula jasad yang sedang sibuk di pejabat tadi.
zapp!!! lantas kau jadi jasad yang sudah punya perasaan yang selama ini kau cuba lari dari perasaan itu. perasaan yang kau selalu rasa namun kali ini semacam ada satu gunung besar menghempap bersama perasaan itu.

dengan pantas, air mata yang kau mahalkan selama ini terus jadi murah! kau lari tinggalkan meja yang penuh dengan kertas. kau sorokkan muka yang penuh dengan air mata tadi ke bawah meja majikan kau. makin lama air mata itu makin murah. lalu jadi satu irama syahdu yang menghayun bahu menari irama paling sayu.

sayu
syahdu
sendiri
kosong

dem punya air mata!!! bukan sekarang patutnya kau keluar. kan member-member kau yang dua orang tu dah nampak...kau cuba sorok-sorok pun, kau ingat muka kau boleh menipu? muka kau lah muka yang paling tak pandai menipu


***************************

entah hapa yang aku cuba bagitau ni pun aku tak tau..lost je gaya.

Tuesday, December 28, 2010

dua kosong satu kosong -2-

ada 3 hari lagi sebelum mau tutup buku dua kosong satu kosong
banyak sangat cerita yang letup tak letup yang penuhkan buku nih
harap saya bolh endingkan buku ni
dengan ending yang boleh saya senyum dalam hati

Sunday, December 26, 2010

dua kosong satu kosong - satu -

dua kosong satu kosong
bukan senang mahu idup dalam dua kosong satu kosong
cuma dalam tiga bulan terakhir dalam dua kosong satu kosong
barulah saya rasa macam 'idup'
sudah mula jumpa titik untuk chenta sama kerja saya
titik chenta yang saya cari selama dekat tiga tahun
pehhh!!!
bukan senang nak jatuh chenta sama kerja yang selama ini memang kau cuba jauhkan dari idup kau

Monday, December 20, 2010

sudah mahu 2011

cuba mahu bagi 100% chenta sama kerja

Friday, December 17, 2010

ahad yang tiada beza dengan isnin

ahad ini dijangkakan tak kan ada beza dengan isnin

oh..
kalaulah dari awal lagi
saya sudah jatuh cinta sama isnin
dah tentu saya akan harap
hari-hari pun hari isnin

Monday, December 13, 2010

ayat mintak kaki di mana-mana 2

jika anda terdengar atau terbaca satu statement yang berbunyi :

~ hidup ini membosankan lah!!! ~

maka, saya dengan riang ria dan lagi berbesar hari mencadangkan anda bagi respon semacam ini :

~ ho..kira kau nak cakap yang mati itu lagi menyeronokkan lah ye? patut lah makin ramai yang bunuh diri sekarang ni ek...eh, kira kau nak bunuh diri ke hape nih? ~



sebagai manusia yang dibagi pinjam akal fikiran yang salah satunya berfungsi untuk mensyukuri setiap apa yang di bagi Allah bagi pinjam ke kita, maka jangan lah dok ikut sangat jiwa kacau yang kata hidup itu tidak best disebabkan oleh hal-hal yang tak best terjadi dalam hidup kita...

kot sat lagi dibagi rasa mati...hah?

amacam? dah stenbai ke?

sendiri maufikir lah kawan...kehkehkeh

Sunday, December 12, 2010

KLIMS itu ....................

KLIMS ialah Kuala Lumpur International MOTOR Show

tetapi nampak gaya dah buleh jadi

Kuala Lumpur International MAKWE Show

kan?

Saturday, December 11, 2010

ayat mintak kaki di mana-mana 1

kalau di pesbuk, bila keluar status dibawah :

"ko pehal ha? aku tak kaco idup ko pun. yang ko buat cerita pasal aku pehal?!!! dari ko buat fitnah, baik ko bunuh aku lah!!!!! "

oh...nampaknya si pengeluar status sangat marah lah.

biasa nya respon sebegini akan diterima :

~ kenapa ni? ~
~ish..sape yang sampai hati buat macam tu ? ~
~ sape yang fitnah ko nih ? ~
~ aq pun pnh kene mcm ni ~

dan beberapa ayat lain yang membawa kepada respon yang sama jenis. apa kata sekali sekala kita beri respon sebegini pulak :

~ kalu begitu, ada baiknya kau jumpa dia dan bagi dia pisau tajam untuk membunuh kau. lagi bagus kalu kau dapat bawak c4..kerja membunuh kau pasti jadi lebih mudah ~

kita tengok apa respon si pengeluar status itu selepas dia membaca respon tadi

Friday, December 10, 2010

taktik halus

beberapa hari yang lepas entah berapa punya lepas, gua berurusan dengan seorang makhluk yang bernama lelaki. yes!! gua namakan beliau lelaki kerana beliau ialah lelaki dan sebab kenapa gua tidak dedahkan nama sebenar beliau dalam sijil kelahiran ialah gua khuatir akan terjadi sesuatu pada gua selepas itu.

diringkaskan cerita ,

lelaki itu bertanya dan gua menjawab. pada mulanya gua jawab sambil memandang kertas. entah macam mana tiba-tiba pandangan mata gua beralih kepada muka beliau.

dan gua rasa tiba-tiba macam ada magnet kat muka beliau. ish,..tak buleh jadik macam gini. apakah nerakanya tiba-tiba ada magnet kat muka beliau ni? gua cepat-cepat alih mata hala ke dinding putih .

yes!!
dan seterusnya , soalan-soalan dari lelaki itu gua jawab sambil pandang kasut, dinding, dan meja.
dia nak rasa apa dia punya hal.




cilakak punya syaitan!!!!
pakai taktik halus macam gitu pulak
kalau dengan perempuan, takdek pulak nak tepek magnet ke muka orang tu..

Thursday, December 09, 2010

pembohongan yang memecah halus gegendang telinga lalu terus ke jiwa dan menghadirkan rasa yang deep

yes! mari saya ulang semula



~ pembohongan yang memecah halus gegendang telinga lalu terus ke jiwa dan menghadirkan rasa yang deep ~

mak-mak saja yang ada skill macam nih.

contoh paling mudah :

~ mak dah makan ke? ~
kata anak sambil makan secara laju-laju

~ dah makan dah. kamu makan lah . mak kenyang dah ni~
balas mak sambil dok ralit perhati anak tu makan. sikit senyum dari jiwa kelihatan di muka yang bawa bahagia itu.

hah...padahal entah minit bila ntah si emak tadi makan.

sangat pandai kan mak-mak berbohong? ayat bohong yang sama yang dipakai semula oleh puak mak-mak. dan semua anak-anak tahu yang mak-mak itu berbohong.

eh..ke sebenarnya mak-mak itu tidak berbohong? mak-mak itu memang dah kenyang sebenarnya.

tengok anak-anak makan (nak-nak yang peseng makan laju-laju ),
itupun dah buleh bikin mak-mak rasa kenyang..

Wednesday, December 08, 2010

makan tak kenyang katanya

~ makan tak kenyang, mandi tak basah , tidur tak lena ~
ahhh..macam mana makan nak kenyang kalu dok ingat sama makwe sampai lupa nak baca Bismillah , lupa nak baca doa makan.
ahhh..macam manalah mandi tak basah kalu dok ingat makwe sampaikan lu sendiri sebenarnya hanya masuk ke dalam bilik air dengan niat untuk mandi tetapi akibat terlebih ingat sama makwe maka lu terlupa yang lu sebenarnya memang tak mandi
ahhh..macam mana tidur nak lena kalu lupa nak baca doa tidur akibat seluruh kepala dok terfokus pada makwe
sendiri maufikirlah brader..keh3

Friday, December 03, 2010

Bapak saya, saya dan telefon bimbit

Masa tu bapak saya, iaitu Pakcik Muayat yang dichentai lagi dikasihi dan disayangi telah pun membeli sebuah telefon bimbit baru. Ya, telefon bimbit baru. Saya suka. Kenapa kah saya suka?
Sebab saya rasa saya nak bodek bapak saya supaya beliau menyerahkan telefon bimbit yang lama itu kepada saya.

Masa itu saya ialah tingkatan 5. Jadi saya ialah teruja dengan telefon bimbit. Diringkaskan cerita, kerja-kerja pembodekan saya membawa hasil yang wah!! bapak saya telah memindahmilik ex-telefon bimbit beliau kepada saya. Saya suka!! Bertambah-tambah suka bila boleh eksen kepada adik saya yang masa itu baru tadika 6 tahun.

Peduli apa dia terkesan ke tidak dengan perihal eksen saya kepada beliau, janji saya dah eksen tu kira seronok sangat lah pada diri saya sendiri.

Selepas habis menjawab semua soalan SPM yang buleh membawak kepada acara hantuk kepala ke dinding ( kalau tak dikawal ), saya lebihkan masa di rumah sambil meraikan telefon bimbit baru merangkap ex-telefon bimbit bapak saya itu tadi.

Satu malam, sedang saya bergolek-golek di bilik..tiba-tiba sayup-sayup terdengar telefon bimbit saya berbunyi. Yes! telefon bimbit itu saya letakkan di atas meja makan yang mana lokasinya memerlukan saya berlari dari bilik untuk mendapatkan telefon bimbit tersebut.

Mula-mula saya malas jugak nak pedulikan telefon ayng berbunyi itu, tapi sebab nak eksen pada adik saya..dan bapak saya pun dah memangggil :

~ Bell , ada call..Bell , ada call...Bell, ada call ~

maka saya pun bangun, dan lari laju-laju mendapatkan telefon yang dah masuk dua kali berbunyi. Gaya macam orang kat sana nak sangat cakap dengan saya saja.

Sebaik saja , saya mendapatkan telefon bimbit saya itu dan membaca nama si pemanggil ...
tiba-tiba rasa rasa nak nangis....saya pandang bapak saya yang sedang menonton televisyen.





Kelihatan beliau sedang gelak kehkehkeh...seronok lah tu dapat kenakan anak sendiri..
Sampai hati (T_T)....






Patutlah beria sangat nak suruh saya jawab call itu merangkap call dari beliau sendiri sebenarnya...(T_T)

Wednesday, December 01, 2010

disember = bulan jiwa taf

Yes! sekarang ialah sudah disember. Kalau boleh, gua mahu 'mengoyak' kan saja disember dari kalendar dan terus 'melontar' kan disember ke dalam tong sampah dan terus saja memandang ke januari.

Tapi gua rasa itu ialah kerja si penakut. Eh, tapi gua kan penakut? Jadi, apasalkah gua tidak terus sahaja mem-fi'li-kan nawaitu gua tadi? Sebab gua tidak mahu terus jadi penakut. Err..walaupun sebenarnya masih kategori penakut. tapi sekurang-kurangnya dengan tidak meneruskan nawaitu gua tadi, maka peratus penakut gua akan semakin menurun..Insha-Allah

Sambil-sambil gua tidak meneruskan nawaitu gua tadi, gua sentiasa harap agar disember yang mendatang ini tak serupa macam disember lepas. Sepanjang ingatan gua, disember lepas ialah disember yang paling ntah-tak-tau-macam-mana-nak-cakap-dia-punya-mintak-jiwa-taf-lah.

Mau tak gitu weh, sedang-sedang gua dalam tempoh memplaster dan menyapu krim pada luka-luka yang ada, mengisi kotak-kotak kosong yang semakin diisi semakin luas ruang yang kosong , membawa watak seorang super, menyengih di bibir yang datangnya bukan dari jiwa dan perginya pun bukan ke jiwa, mengurangkan not-not bernilai dalam akaun bank, meminta pihak bank menjaga perhiasan diri dan secara tak sengaja menjadi pemenung tegar...hah, ketika itu juga ada objek bernyawa yang punya my-kad dan surat beranak yang pernah bermain masak-masak dan main pengantin-pengantin semasa kecil dulu telah cuba atau menyangka gua robot yang buleh ditikam begitu saja.

Pehhh...disebabkan gua ialah bukan robot, maka seluruh jasad gua penuh berlumuran dengan darah yang tak terlihat dek mata kasar. Lagi sadis apabila gua punya 'doctor' peribadi baru sahaja 'meletakkan jawatan secara rasmi'. Gua jadi hilang arah itu jam. Tapi dengan berbekalkan nota-nota ringkas dalam diari mingguan doctor yang sengaja ditinggalkan di rumah gua..gua berjaya merawat luka tikaman itu tadi. Oh tidaklah berjaya mana pun..tapi hampir berjaya jugak lah.

Haha..itu disember lepas. Disember 6kali lepas pula lain ceritanya. Lain saja tapi masih sama. Tetap bagi efek dalam hidup gua. Efek paling fuh! yang tak kan gua buleh lupa melainkan jika sudah tertulis yang gua akan melupakan efek itu satu hari nanti( tapi gua sangat mohon agar gua tidak di-lupa-kan tentang hal yang mendatangkan efek ini ).





.............................



............................




...........................




Cisss..cukup lah! Gua rasa perkara ini mendatangkan aura hitam lah kepada lu orang. Sepatutnya gua berkongsi hal-hal warna-warni kepada lu orang. Apa jadah pulak gua menterjebak-kan lu orang dalam aura hitam ini kan?

Mintak maaf sajalah. peace!!!



hapdet : selepas membaca semula entri ini, gua rasa gua layak mendapat kaki dari diri sendiri...mengada-ngada sungguh gaya penceritaan nya. oh..efek kurang tidur agaknya nih.

tutup saja tak perlu balut

tutup lah, tak perlu bersusah payah nak balut
dengan menutup kita rasa lebih selamat
itu pun kalu tutup dengan kain tebal lah

kamon lah...tak kan tak dapat faham ye tak?