Hari kedua, cikgu kelas gua yang telah gua tanpa sengaja lupakan nama beliau itu telah membawa kami satu kelas melawat kawasan sekolah.
Ooo..baru lah gua tahu kat mana letaknya tandas. Lokasi tandas sangatlah penting untuk diingat. Ini kerana kita tak akan dapat jamin perut kita sentiasa dalam kondisi yang baik. Kadang kadang dia meragam tanpa dipinta.
Lokasi kantin? Itu tak berapa penting sebab sebenarnya awal awal gua dah tau mana letaknya kantin. Naluri pemakanan gua sangat berfungsi dengan baik itu jam.
Tandas perempuan setentang dengan kelas gua dengan dongakan kepala setinggi 45darjah. Ada dua pintu utama. Dan pintu kecik gua lupa nak kira ada berapa. Yang pasti, tandas perempuan jauh lebih besar dari tandas lelaki. Menyesal pula rasanya tak bertanya kepada cikgu mengapa terjadi sebegitu.
Tandas lelaki? Betul betul setentang dengan kelas gua. Tak payah nak dongak dongak kepala setinggi 45 darjah.
Selaku budak darjah satu yang stedi gua tempuhi hari hari berikutnya dengan tenang. Sampailah satu hari perut gua buat tunjuk perasaan. Jenis meragam tanpa dipinta. Sedang gua berkira kira mahu pergi ke tandas. Gua disapa member sebelah.
( Sepuluh minit selepas )
Gua keluar dari tandas dengan muka stedi. Member gua yang meneman ada muka cuak jugak. Padahal gua pun cuak juga, tapi sebab muka dia lagi cuak makanya gua kena pura pura stedi.
(Sepuluh minit sebelum)
"Ko nak pergi mana?" soal dia menyibuk.
"Kita nak pergi tandas lah. Sakit perut" jawab gua sambil lewa.
"Kita teman ye?" tambah minah itu lagi
"Kenapa nak teman?" tanya gua lagi
"Sebab kakak kita cakap, kat tandas tu ada nenek kebayan. kalau kita pergi tandas sorang sorang, nanti kena makan dengan nenek kebayan" terang dia bersungguh sungguh.
Gua terus tarik tangan dia dan minta izin dengan cikgu nak ke tandas. Karang kalau betul betul gua kena makan dengan nenek kebayan macam mana? Hah, siapa nak jawab?
Diam diam gua simpan azam, mahu cerita jugak pasal nenek kebayan dalam tandas ni ke budak budak baru yang akan datang. Gua tak mahu nenek kebayan kenyang begitu sahaja. Biar dia mati kelaparan.
***sila klik kalau nak cepat kaya dengan cerita :

17 pemikir:
citer nenek kebayan mmg ada kat semoa sekolah ke?
ahha~
sekolah aku pun ada gak..
yg bestnye nenek kebayan tu boleh cerai2 anggota badan..
gua?
cambiase je, g tandas sorang2 setedi..
nenek kebayan?
nenek je pun..sure tulang repot..
hahaha
dia samalah macam cerita nenek locker. kat mana mana sekolah pun dia ada branch,,keh keh keh
haish.... nenek kebayan cun tu...rugi la kau x kena makan...
kau mmg kuat makan
lelaki kepala awan ~
ish...apsala pulak aku?
jedi ~
kau cakap nenek kebaya ke nenek kebayan?
yelah dah kita yang pegi berak, takkanlah pah yang makan banyak
bussukkkk!!!
tak aci lah cita pasal kita kita
hahahah
busuk kalau kau cirit je
kau pun sama kan?
kan? kan?
aihh
mmglah. pauzi pun sama
neelopak pun sama
aku tak penah dgr citer nenek kebayan tandas pun
nenek kebayan tak dapat detect sekolah kau..hahaha
ahha~
sekolah tu nenek belm bukak branch
kasi a alamat kat nenek tu weh
keh keh keh...jenis berkomplot dgn nenek kabayan rupanya kau ni
eh eh, alamak
kantoi
sbb tu nenek tu tak kacau aku
makcik, makcik terdelete entri terbaru makcik.
nak juga saya tahu apa 9 jenis lelaki itu
Post a Comment