9.00 pagi - sampai di rumah mak misi. mak misi ajak sarapan bersama setelah dua bulan tak bersua muka. terasa sungguh jahanam selaku anak bila tak menjenguk emak yang rumahnya tak sampai sepuluh minit kalau bawa kereta laju laju semacam syaitan. entah berapa kali peluk cium pun gua tak ingat.
10.00 pagi - mula makan nasi lemak hasil air tangan mak misi. makan sambil berborak borak mengakibatkan gua menambah 3 kali. yah yah yah. mak bulan memang suka melihat gua berbentuk bulat.
11.oo pagi - singgah sebentar di salun. sekadar bertanya dan menge-set temujanji mak misi dengan mama salun. yah yah yah. sekali lagi terasa jahanam kerana tidak menyinggah ke salun mama walhal hari hari gua lalu salun beliau untuk ke kedai makan abang ustaz kopiah itu. yah yah yah. patutlah kuat sangat ingata ke mama salu, rupanya beliau dok ternanti gua datang. yah yah yah..sangat patut berasa jahanam di situ kan?
12.00 tengah hari - duduk menumpang membuat kerja pejabat di butik mak bulan. yah yah yah. sekali lagi ada rasa jahanam apabila tidak membantu mak bulan sama sekali.
1.00 tengah hari - mak bulan tanya nak makan apa. fuh! gua terpaksa tolak. seriyus perut masih penuh, tak ada satu space pun yang tak terisi. jenis nasi lemak perisa kaseh sayang memang jenis menguasai wilayah perut 1005%.
5.00 petang - mak bulan hulur RM10, buat minum petang di kedai sebelah katanya. utuk tidak menghampakan perasaan mak bulan, makanya gua bergegas ke kedai dan memesan rojak ayam. yah yah yah. memang sedak bila hujan hujan ada orang belanja akan macam gini.
6.00 petang - mak jiran ajak datang ke rumah. makan roti cicah kari ikan. phew!!! adalah bodoh sekiranya menolak. hatta perut itu jam sudah penuh dek rojak ayam. makan sambil berborak sekali lagi membuatkan gua lupa berapa keping roti berjaya gua hadam. bukan selalu dapat borak bersama mak jiran dan adek jiran dan abah jiran juga.
9.00 malam - pulang ke rumah.
9.30 malam - mak jiran panggil makan kepsi pulak. yah yah yah. sekali lagi gua memenuhi ajakan itu. abah jiran sangat ramah , mungkin sebab beliau tahu kondisi gua ini jam.
ini sahaja lah diari gua sepanjang cuti deepavali semalam. terima kaseh pada semua. terima kaseh pada perut. Alhamdulillah..bukan soal dapat makan free yang harus dibesar besarkan, soal dapat meluangkan masa dan berdekat dengan orang yang anggap kau serupa keluarga sendiri itu yang patut sangat sangat dihargai. deep betul dia punya rasa, tahu ?!!

14 pemikir:
takde pun cerita mak baru
mak baru itu mama salun.
selama ini tak jadi mama. semalam baru menjadi mama secara ofisyel
owh ok. mama juwie?
itu mama angkat kamu kan?
hahahha
mama ke papa
time cuti lah baru dapat balik.. manalah si mak tu tak rindu...
mak misi dan mak bulan adalah sama kah?
kak ~
lain. mak misi ialah misi. mak bulan ialah tokey butik
roy ~
hahaha..bagi kes aku,sebenarnya tak payah tunggu cuti,
lelaki kepala awan ~
papa..eh..mama..eh..papa..eh.mamam
apesal tajuk takde yes!
betullah tajuk takde yes
ardzmarn ~
hahah..jenis teliti kau ni. bagus2!
lelaki kepala awan ~
betullah tajuk takde yes
hehehe...anak aku anak deepavali...boleh mintak duit kat sami velu tak?
keh keh keh
sila sila
nak mintak rambut palsu pun buleh
Post a Comment