Sunday, October 30, 2011

yes! ini perihal pengorbanan

ini berpunca dari menonton salah satu scene drama Soccer Dog versi alih suara...keh keh keh. Versi alih suara lagi menimbulkan rasa nak pukul rupanya.

Seorang anak yang dah berjaya masuk dalam team bola superletup itu jam dan dah sehari ikut latihan di negara mana ntah sanggup tinggalkan team itu sebaik sahaja dapat panggilan telefon yang mengatakan mak dia sakit tenat dan dijangka hidup dalam masa setahun sahaja.

tinggal terus dan dia stedi jaga mak dia sampai akhir hayat.

itu gua kira salah satu jenis pengorbanan. walaupun sebenarnya siapalah anak nak cerita pasal pengorbanan kepada mak ayah ye dak? memang celah gigi pun tak lepas punya

macam mana pun, gua respek tabik spring kepada manusia semacam ini. bukan senang nak tinggalkan satu hal yang selama ini memang kita dok mimpi dan dah ada dalam tangan .fuh!! berat tu dia punya feel

tapi gua sangat yakin, bila yang namanya pengorbanan [ kalau layak disebut pengorbanan ] itu dihala ke ibu ayah, memang sedak dia punya feel. berat, tapi feel dia sangat mahal. lu orang tak kan dapat beli dengan duit berguni guni punya.

0 pemikir: