Tuesday, November 08, 2011

beberapa minit sebelum naik pejabat

entah apa yang terjadi sampai gua lewat ke pejabat hari ini. puncanya? memang hari hari pun gua lambat sebenarnya. tak payah cari punca.

akibat lambat, makanya tempat letak kereta semua dah penuh. ini membuatkan gua berpusing pusing dua kali. ini jam baru gua sedar hikmah datang pejabat awal. mula timbul kesedaran untuk datang awal esok hari. sekejap sahaja lah tapinya kesedaran itu.

masuk pusingan kedua, gua baru terperasan berselisih dengan viva hitam. ya, pemandunya juga berbaju hitam dan berjanggut hitam. oh, kelihatan sungguh kacak warna hitam itu.

eh..eh... rupanya dia pun meletak kenderaan tak jauh dari gua. manis juga brader ini. ok. gua tarik senyum sedikit.

eh..eh...dia pun angkut fail bertimbun juga. samalah kita ni brader, cumanya saya punya fail saya simpan dalam beg guni , senang nak angkut. ok. gua tarik senyum sedikit.

eh..eh..dia patah balik. nak perhati viva dah kunci ke belum. [ gua ingat gua sahaja ada penyakit ini ] .tersengih sengih sendiri. ok. ni gua dah rasa nak gelak kah kah kah. mujurlah aura makwe makwe menyelubungi, makanya gua tolak untuk gelak kah kah kah, dan memilih untuk senyum sedikit.

eh..eh..deng!! apasal gua jalan depan dia ni? macam mana gua nak tahu dia dok kerja opis mana.
ciss...salah percaturan sungguh. patutnya gua pun buat buat je lah patah balik ke kereta ye dak?






ok. brader manis , terima kasih kerana buat spirit keja saya menaik hari ini.


ok. kepada ismail othman, terima kasih sebab bagi keh curi aok punya trademark .

13 pemikir:

jedi said...

ko xmintak no hp dia ke???

Ismail Othman said...

sama sama.

makwe joni said...

jedi ~
keh keh keh...esok aku mintak..esok.



ismail ~
ok. fine

nasyrun said...

aku berani aci kerat jari mu pakwe tu ada pakai jam tangan hitam

makwe joni said...

mana aci kerat jari orang. kerat jari sendiri lah

nasyrun said...

tapi saya sayang jari saya
tapi saya masih mahu main aci

makwe joni said...

macam mana pun tetap tak aci jerat jari orang ye inchep

nasyrun said...

aci tak aci
aci kerat jari
kerat kerat aci
tak tak jari

makwe joni said...

aci aci buka pintu?

nasyrun said...

mACItah (konong2 manja)

makwe joni said...

manjaaaa sungguh
*tendang pintu*

nasyrun said...

kalau rosak sila betulkan ye

makwe joni said...

pintu baru kalis rusak