Sunday, November 13, 2011

cerpen indie 20 : lima hati [ versi cerpen berantai ]

rantai 1 : rizal gunx : Ramli yang sepi

ok. ini rantai 4


[ Ramli ]

" lah. Rudeen ni yang mana satu pulak?"

Ramli main aci redah masuk ke dalam Pasaraya Tak Un Tong. Mata melilau mencari manusia yang berkemungkinan namanya Rudeen. Nak sms tanya ke Apit, kondisi kredit Ramli memang dah tahap putus nyawa.

Sebenarnya Ramli hairan juga, apa kaitanya Rudeen dengan hal semalam yang Apit cakap tadi.
Demi nak tahu cerita sebenar yang dia syak boleh dijadikan modal nak membahan Hadi di depan Layla, makanya Ramli sanggup meredah gerimis tadi. Mujurlah gerimis jenis sedang sedang sahaja.

" Ahhh..kalaupun hujan lebat, aku sanggup redah. soal demam belakang cerita, asalkan kau putus dengan Hadi tu Layla...."

Dah lama dah Ramli cari modal nak bikin Layla putus dengan Hadi. Tapi selalunya tak menjadi, tambahan pulak Hadi ni jenis menantu pilihan. . Nak kata kacak? pui!!! Setakat hidung bawang memang kalah lah dengan hidung mancung Ramli. Tapi mungkin faktor kerja kerajaan dan faktor Hadi selalu kelihatan di masjid membuatkan seluruh mak ayah di kampung itu sibuk nak jadikan Hadi sebagai menantu.

"Yang Hadi ni pun satu, kau pilih Layla tu kenapa? Banyak lagi anak dara kat kampung. Yang aku nak, yang itu lah kau nak. Sejak dari dulu kau tu jenis pendengki dengan aku kan Hadi? "

"Ah..tapi kalau dah nama Layla tu, siapa tak gila dengan senyum manis pakej lesung pipit di pipi itu. Pandai masak, pandai menjahit. Perfect! Tapi lagi perfect kalau kau jadi tunang aku Layla. Ha Ha Ha"

Ramli sengih sengih sendiri. Rudeen masih belum ditemui. Sudahnya Ramli bertanya ke seorang makwe pekerja pasar raya Tak Un Tong.

" Dek, sini ada budak nama Rudeen tak? Tolong panggil dia jap. Ada hal . Penting!"

" ahhhhhh...budak mulut tak bergincu, muka tak berbedak tu jugak yang orang cari. ai yang mekap bagai nak gila ni sorang pun tak cari. menyampah taww. isk isk isk. tapi sebab abang gagah ni punya pasal, ai sanggup pergi panggil dia...tunggu ye baaaang.awww"

Ramli sengih kerang, terkedu dengan suara pakwe yang keluar dari mulut yang disangka makwe tadi.



[ Layla ]

Senyum Layla pergi sampai telinga. Satu, sebab Hadi datang tepat pada masanya. Menyampah betul tengok muka Ramli yang suka perasan kacak dan hot itu. Pui!

Dua, sebab Hadi bagi hadiah baju kurung depan Ramli tadi. Patutnya, depan depan ramli Layla buka baju kurung tu. Biar Ramli tahu betapa mahalnya baju kurung itu. Biar Ramli tahu Hadi tu kaya dan banyak duit, tak macam Ramli yang duit rokok pun nak mintak ke Mak Lemah.

" Itu pun ada hati nak mengurat aku"

Layla masuk bilik. Tak sabar nak cuba baju kurung pemberian Hadi tadi. Mesti match dengan tudung yang Hadi bagi dua minggu lepas. Bolehlah pakai masa kenduri kahwin Husna, adik Hafis hujung minggu nanti.

Sekejap Layla teringat sama Hafis, pakwe idaman sejak dari sekolah. Tapi sebab Hafis jenis lambat sangat bagi jawapan, makanya Layla menswingkan rasa itu kepada Hadi. Mulanya berat juga nak swingkan hati ini, mujurlah Hadi jenis pandai tackle. Lagipun Hadi ni jenis pemurah, tak kedekut macam Hafis.

Layla bawak keluar baju kurung dari plastik. Warna memang dah match dengan tudung. Tapi ada satu hal yang bikin Layla rasa aneh.

"Kenapa pulak baju ni saiz S? Tak kan Hadi tak tahu aku saiz L?"

Layla dail nombor Hadi



[ Hafis ]

"Rudeen...Rudeen..Rudeen"

Datangnya Hadi bersama Rudeen ke kedainya petang semalam benar benar bikin dia kaget.
Dah betullah cakap Bidin, budak yang sama bekerja dengan Rudeen. Memang Rudeen dan Hadi ni ada skandal. Tapi Bidin ada cakap jugak , Rudeen selalu nak lari kalau nampak bayang si Hadi. Entah berapa banyak kali, Rudeen suruh Bidin kaver Rudeen dari Hadi. Nampak sangat Rudeen memang tak in dengan Hadi.

"Tapi kalau tak in, kenapa Rudeen nak pulak datang bersama Hadi semalam?"

"Eh, tapi Rudeen pun tolak baju kurung tu. Dia tak terima pun. Kalau betul diorang ada apa apa , dah tentu Rudeen sengih sengih terima baju tu. Tak! Tak! Aku yakin, hati Rudeen masih ke aku lagi."

Sebenarnya sejak Hafis sanggup korbankan rambut ala Anuar Zain dan ubah ke stail Spike dan Armani, sejak dari itu lah Hafis dah bagi tanda yang Rudeen tak tepuk sebelah tangan. Hafis harap dengan cara itu Rudeen boleh faham kerana Hafis memang selalu gugup nak kelu lidah nak berkata bila berdepan dengan Rudeen.

"Rudeen..Rudeen..Rudeen"

Tak boleh tidak, malam ini jugak Hafis datang ke rumah Rudeen. Lagipun Hafis tahu, hadi dah ada Layla.



[ Hadi ]

Hadi mula buntu. Dah macam macam cara dia bikin nak tackle Rudeen. Tapi satu cara pun tak sangkut. Layla pulak yang sangkut. Hadi jenis yang berfikir jauh ke depan sebenarnya. Memang dia dalam usaha nak tackle Layla dan Rudeen.

Yes! Dua dua dalam satu masa. Bukan jenis tamak, tapi bila melihat respon yang suam suam kuku dari Rudeen, makanya dia mula menanam angan nak tackle Layla. Kerja nak tackle Layla jadi mudah bila dia dilantik jadi setiausaha masjid, makin dekat lah dia dengan Pak Long Kamil, bendahari masjid.

Dan sekarang bila Pak Long Kamil isytihar yang dia dan Layla tu dah kira bertunang, makin besar langkah Hadi. Setakat Ramli yang tak da kerja tu, memang senang senang lah dia tepis.

Cuma , Hadi masih cuba nak tackle Rudeen juga. Mana lah tahu, boleh dapat sekali dua. Kan rezeki namanya tu..

"keh keh keh"

Talipon Hadi berbunyi. Panggilan dari Layla.



[ Rudeen ]

Rudeen dah tak tahu nak cakap macam mana ke Hadi. Rasa macam nak tumbuk pun ada. Mujurlah mak Rudeen selalu pesan, jangan berkasar dengan orang. Buruk padahnya nanti. Tambahan pula Rudeen ini jenis makwe.

Rudeen sudah tak tahu cara macam mana nak cakap yang dia memang tak ada hati ke Hadi. Sikit hari dulu, lepas segala macam kebaikan Hadi tunjukkan kepada Rudeen..mula goyah juga hati Rudeen.

Hati perempuan kan jenis kerak nasi, lama lama dia jadi lembut juga. Tapi, mujurlah Bidin ada cerita yang Hadi tu sebenarnya dah bertunang dengan Layla. Dan jawapan Hadi yang kononnya menidakkan spekulasi pertunangan itu makin menguatkan kata hati Rudeen, yang Hadi memang ada hubungan dengan Layla. Makanya, Rudeen kembali kental.Hatinya tetap pada Hafis.

Rudeen tahu, sejak Hafis sanggup korbankan rambut Anuar Zain yang bikin seluruh makwe jatuh chenta sama Hafis..maka sejak itu lah Hafis sudah menjawab soalan Rudeen. Tapi Rudeen konpius juga, jenis jawapan bukan dari mulut ni kadang boleh mengundang salah faham. Nak bertanya terus, memang Rudeen tak berani. Jenis penakut sebenarnya Rudeen ni.

" apit...apit...apit...buleh dak kau terus terang saja?"




[ Ramli dan Rudeen ]

"errr..encik cari saya? " sapa Rudeen ke susuk yang mencarinya tadi

Ramli menoleh.

"Awak Rudeen?"

Semacam ada kilat yang memancar dari mata mereka.

Ramli dan Rudeen. Masing masing saling terkedu. Masa seolah terhenti.




ok. sambung ke rantai 5 : hadi

7 pemikir:

Anonymous said...

Komplikated... Bila pulak versi nobel plak??

Jedi

nasyrun said...

aku tak baca lagi tapi aku mahu kagum dulu. dari dulu aku sentiasa kagum dgn cerita berantai

*serius

makwe joni said...

jedi ~~
versi nobel? ambooiii



lelaki kepala awan ~
apasal kagum?

nasyrun said...

kagum
sebab
pawe
lah
makcik
muda

makwe joni said...

banyak bunyi ni dah baca ke belum? ke malas?

nasyrun said...

belum
masih dalam proses ambik mood, kena baca dari episod satu kan. panjang tu

makwe joni said...

tak panjang mana. ha ha ha