hospital...
ada satu jam gua duduk hospital 1 minggu juga lah..eh, dua minggu rasanya. duduk paling hujung sekali. berdepan dengan gua, dah dua kali tukar pesakit. sekejap aci, sekejap akak. tapi tu bukan hal yang mahu gua cerita. gua mahu cerita pesakit paling lama duduk selang dua katil berdepan dengan gua.
Pay-hoon namanya.
dia ni gua sendiri tak pasti sakit yang macam mana. tapi dia ni kalu ikut umur dah lagi tua dari gua, tapi dia punya perangai...gaya budak belum tadika. jenis tak tahu urus diri. pampers pun misi yang ganti. tu belum cerita dia dok jerit jerit keseganan bila misi nak mandikan dia.gua dengar dengar jiran jiran yang hantar dia ke hospital itu. puncanya, tak ada yang menjaga. bapak dia tua dah. tapi gigih lagi nak bekerja. ye lah, tak kan nak harap orang bantu hari hari ye dak?
apek, lu memang power apek!
dalam dah ada pihak hospital yang jaga anak dia ni, apek itu hari hari tak miss jenguk Pay-Hoon.
sungguhpun dia datang duduk dan baca surat khabar selalunya, tapi itu dah cukup menunjukkan dia masih care ke anak dia. ya..walaupun dia tahu, dia buat macam mana pun anak dia tetap macam tu jugak. jenis care bapak bapak ye dak..lain sikit dia punya art.
Pay Hoon ni pulak, sungguhpun dia begitu..tapi jenis peramah. Senyum dan jenis periang. tapi jangan bikin dia marah. bingit telinga weh. kadang bila ada pelawat yang bagi dia jajan, dia tahu nak hulur dan kongsi dengan orang lain. gua selalu juga datang dekat dekat dengan dia, saja nak cari modal nak borak. soal dia cakap apa, gua jawab apa...tak payah nak pertikai. asalkan dia gembira, gua gembira.
lagi satu Pay Hoon ni jenis jujur . mana jenis suka bohong. kalau dia suka, dia senyum. kalau datang angin dia, dia terus buat muka muram. tapi selalu tak lama dia muram, setengah jam pun tak sampai. cuma kadang kadang ada jugak datang hari dia tak mahu tukar pampers, dan tak mahu mandi. tapi biasalah, misi tetap menang jugak. dan dia menangis meraikan kekalahan dia.
satu hari, sedang gua nak ke toilet. dia panggil gua. senyum comel macam selalu. ya..kalau siang, dia jadi senyum comel. masuk malam sikit, dia jadi senyum yang mengerikan.
gua pergi mendekat . lalu dia pun berkata :
"adik chantek, emak pun chantek"
peh!!! itu jam gua rasa macam nak pergi cium Pay Hoon ni..tak pernah gua dengar pengakuan sejujur ini. tak de nawaitu tersembunyi untuk dia buat statement sebegitu.
terima kaseh Pay Hoon..lu menerangi hari gua.
keh keh keh...semoga kita berjumpa lagi Pay Hoon dan semoga lu terus cakap gua chantek.
eh, ada gua cerita dak? tak dan gua nak mesra mesra dengan Pay Hoon lama lama, dia dah keluar hospital dulu. keluar pergi mana entah, sebab ada NGO yang nak jaga dia. dan hari hari selepas itu, gua ada muram sedikit.

5 pemikir:
adakah kau pasti pay hoon tu betul2 ujud
oi oi...dah tu misi tu mandikan siapa inchep? aiiihhh
oi oi...dah tu misi tu mandikan siapa inchep? aiiihhh
he
he
he
ha
ha
ha
Post a Comment