Sunday, December 04, 2011

cerpen indie 21 : pengantin lari , pengantin balik [ jenis cerpen berantai ]

rantai 1 : Ramli yang sepi
rantai 2 : layla-oh-layla
rantai 4: lima hati
rantai 8 :ramli yang gila


meowww meoww meowww

Bunyi sms masuk. Hafis tersengih sendiri. Memang dia dari awal awal dah setting tone kucing mengeoww spesyel untuk Rudeen yang memang gilakan kucing.

- err..err..mak orang tanya ni, errr..lupalah mak tanya apa tadi. kejap eh, orang pegi tanya mak balik -

Hafis sengih sampai telinga sambil geleng kepala. Macam ada rama rama terbang keliling . Layla yang duduk berdepan dengan dia pun dah gaya queen of rama rama. Rudeen memang macam macam sikit dia punya perangai, jenis tinggi sangat segannya, macam lah Hafis tak tahu Rudeen nak tanya apa sebenarnya.

- ececece...abang tahu rudeen nak tanya apa, tapi rudeen malu kan? kan? kan? -

Hafis reply sms Mumtaz Mahalnya itu sambil diperhati rama rama imajinasi kelilingnya tadi.

....

Rudeen tekup muka dengan bantal. Macam manalah Hafis buleh tahu dia tengah malu macam gini. Hik hik hik

~ chinta terasa bahagia, hanya menunggu saat dan tika ~
macam terdengar dengar suara Monoloque menyanyi lagu Chinta kat cuping telingan Rudeen.
E cheh!
Rudeen tekup muka sekali lagi.




[ rumah Pak Long Kamil ]

Bidin tarik muka hairan bila nampak susuk Hadi segak berbaju songket hijau pucuk pisang yang terjelepuk tepi simpang. Ahli rombongan lain pun muka masing masing terkedu saja. Muka lapar pun ada. Hairan juga Bidin.

" wat de........? "

Mula mula Bidin berhajat juga nak turut serta rombongan lelaki. Untung untung dapat duduk meja beradab. Buleh rasa kambing golek cicah sos babikiyu. Tu belum kira udang tenggek nenas. slurrrpp

" ah..tapi karang nak kena tunggu berkompang segala, baru dapat makan. perut aku dah lapar tahap dewa ni mana buleh nak tunggu kompang ke apa sekarang ni"

Makanya Bidin terus melintasi rombongan Hadi dengan mengangkat tangan sebagai tanda hormat. Kalu nak bersalam, karang semua kena disalam.

Sampai di khemah tetamu, Bidin terus ke meja lauk. Buleh tahan mewah juga lauk kenduri ni. Pulaknya masa tu belum ramai sangat tetamu yang datang. Sambil makan, Bidin panjang panjangkan leher, tak nampak kelibat Pak Long Kamil. Yang kedengaran ada kecoh kecoh kat dalam rumah, tapi bagi Bidin itu hal biasa. Adatlah kecoh kecoh kat rumah kenduri ye dak?




[ rumah Hafis ]

" hoi Hafis! yang kau dok sengih kenapa? aku tanya ni siapa Rudeen? Siapa Latifah? "

Tiba tiba rama rama imajinasi yang terbang riang keliling Hafis tadi terus menghilang. Kaget dengan jeritan Layla.

"wooo..rilek. rilek. Kau dah lah mekap tak rupa pengantin lain, nak marah marah pulak. Tu! cuba di bawa minum air ribena tu. bagi sejuk sikit hati kau tu. kita kalu tengah panas ni, orang cakap apa pun bukan buleh masuk ke telinga"

Layla tuang air ribena dalam gelas IKEA. Tak cukup segelas , di-refill lagi segelas. Di-refill lagi segelas. Cukup 3 gelas, Layla dah mula nampak sejuk. Power jugak air ribena Pak Meor ni rupanya.

" Hah...cerita nya macam gini. Latifah tu sepupu Hadi yang baru balik belajar dari Ausie. Diorang memang ngam ho dari kecik. Lagipun masa kecik kecik dulu, mak pak Latifah yang jaga Hadi. Aku pun kenal Latifah tu. Kalu nak dibandingkan dengan kau yang mekap tak serupa pengantin ni memang kalah lah kau ..keh keh keh "

" Lek ...lek...aku gurau" kata Hafis sedikit cuak bila nampak Layla macam dah nak menyinga semula.

"Rudeen tu? Siap sama sama pergi beli baju kat butik kau dengan Hadi kan? hah! apa cerita ?"

Hafis tarik sengih semula. Terbayang muka tersipu sipu Rudeen hari tu. Sekali lagi, rama rama imajinasi datang terbang beramai ramai.

"Rudeen tu ...kira macam ...... mumtaz mahal aku sekarang ni. chinta hati aku. hari tu yang memang Hadi mintak dia teman beli baju kurung untuk kau tu. "

Layla kerut kening lagi.

" lah...Rudeen lah weh. Budak batch kita jugak dulu . dia memang takdek menda dengan Hadi kau tu. bukan taste dia Hadi tu. Lainlah macam aku. keh keh keh "

Layla kerut kerut kening lagi. Cuba ingat mana satu Rudeen ni. Selang sepuluh minit, Layla masih lagi kerut kening.

" Entahlah , aku tak tahu nak pakai cakap sapa . sekarang ni hantar aku balik rumah. Malas lah aku lari lari macam tadi. Penat pulak rasanya. Rombongan Hadi pun mesti dah sampai ni. Lagi senang aku nak buat keputusan, biar aku berdepan dengan semua"





[ rombongan Hadi ]

Masing masing dah mula berkipas. Yang perempuan berkipas pakai tudung. Yang lelaki berkipas pakai songkok. Ramli buat buat berkerut sambil mendail , konon buat panggilan ke mana mana member yang ada nampak kelibat Layla. Padahal dalam hati, Ramli gelak kesyaitanan. Plan A dia menjadi. Hua hua hua.

Hadi masih lagi statik. Terkejut betul dia dengan kerja gila Layla ni. Padahal baru semalam dia dan Layla bergelak ketawa dalam talipon. Kenapa Layla? Kenapa?

Haji Rizal dan Tok Siak mula berkira kira nak melangkah masuk ke rumah Pak Long Kamil. Hal macam gini kena dibawak settle cepat. Karang macam macam gossip naik. Orang kampung ni kalu bab gossip memang masing masing level ijazah.

Sedang elok nak melangkah, Bidin datang dengan muka kenyang tapi ada sedikit gopoh.

" Ha..Tok, Ji. Tadi masa nak datang sini, Saya ada nampak macam Layla menghala ke rumah Hafis"

Tercungap cungap Bidin mereport setelah tahu apa yang jadi sebenarnya. Tapi bukanlah itu punca utama dia tercungap cungap, lebih kepada perut yang penuh akibat menambah dua pinggan nasi tadi.

Hadi bangun. Macam tak percaya dengan kata Bidin, tapi Bidin memang tak pernah menipu. Semua pun tahu.

"Betul ni. Memang betul. Saya konpiden yang saya nampak tu Layla"

Haji Rizal dan Tok Siak jatuh rahang dengar statement Bidin. Tak kurang juga dengan ahli rombongan yang lain. Ramli lah yang paling jatuh rahang.

Sedang masing masing jatuh rahang

Pin pin pin!

Sebuah My V Lagi best wo o o menghampiri rombongan Hadi, kelihatan Hafis tersengih sengih. Layla di sebelah tunduk tak sudah.

Sekali lagi masing masing jatuh rahang

Hadi terjelepuk sekali lagi, kali ni bukan sendiri. Ramli terjelepuk sama.








Bzzzrt...bzztzrrrtttttt..bzttttttrrr.bzttttttttt

[ SIARAN TERGENDALA ]







ok. sambung kat blog hadi

20 pemikir:

ghost writer said...

sapa nak habiskan makanan kat majlis kenduri tuh kalau semua jatuh rahang.hahaha!

makwe joni said...

itulah gunanya kita..kah kah kah

ghost writer said...

kau makan lah sorang..

aku ada majlis lain nak pegi.haha!

makwe joni said...

untunglah ada majlis lain

keh keh keh

nasyrun said...

sampai sekarang aku tak baca2 lagi, macam biasa amik mood

makwe joni said...

haha..lama sangat amek mood

nasyrun said...

hehe biasalah, mood tu penting
buku BIN ghost pun aku tak baca lagi

makwe joni said...

jenis artis, menjiwai watak le tewwwwwwwww

nasyrun said...

semoga jadi botak dan berlakon dengan pasa sendat, ataupun adi putra, dapat berlakon dgn nora denis

makwe joni said...

nak belakon dengan pasa sendat?

oh..apakah?

nasyrun said...

abaikan moralnya, dari segi lakonan pasa agak versatail, dia boleh jadi jahat gila atau baik gila. dia tak stereotaip macam nora danish atau scha

peh hahaha

makwe joni said...

saya menjadi heran kerana nama neelofa dan lisa surihani tidak disebut dek tuan kali ini

nasyrun said...

entahlah
kenapa ya

makwe joni said...

sila tanya kepada diri sendiri

mungkin sebab dah terpengaruh dengan kamadhia

nasyrun said...

serius aku berharap mu printkan dan pos ke aku dari episod 1 hingga yang terkini

makwe joni said...

rumah aku tak dek mesin pencetak, maka harapan kau itu tinggal harapan semata...huahuahua


bukan kau dah print yg first cycle ke? tinggal print cycle yg baru ni je kan

nasyrun said...

oh tidak
aku tak pernah perin jen
itu ilusi kau semata

makwe joni said...

tapi kau penah cakap yang kau perin

nasyrun said...

mana ada
mungkin pernah berhajat
tapi mmg tak ada ye jen
harap maklumun

makwe joni said...

ok. bai