hari ini gua pulang ke kampung, curi masa jenguk wajah tua yang menyimpan cerita dalam setiap kedut yang makin beraja di wajah
[ jenis cucu apa yang jenguk nenek sebulan (atau lebih tepat berbulan) sekali ]
sambil dengar cerita nenek, gua curi renung wajah itu. fuh! apa jenis nenek yang gua ada ni?
jenis tabah semacam! jenis tak pernah tunjuk kesedihan sampaikan kadang kadang gua rasa nenek gua ini sebuah robot
[ seumur hidup cuma dua kali gua lihat dia titiskan air mata ]
walhal dengan jalan hidup yang banyak liku liku, selekoh selekoh tajam, berlubang lubang, segala macam bonggol dan tak sampai satu batu pun jalan yang betul betul sempurna [ di mata manusia ], dia boleh jadi seorang yang murah air mata ..tapi dia memilih untuk jadi kedekut
[ bagus nenek! bagus! ]a
[ cerita sedih bakpe nak dikongsi ye dak? lain lah orang nak kongsi dengan kita, kita jangan kongsi dengan orang ]
[ gua respek spring sama lu nenek ]
nenek gua kalau ikut secara ofisyelnya berumur 91 tahun. tapi gua tahu tipu ja tu. mesti dekat 100 tahun juga umur dia. tapi dia ni jenis masih stedi. ada ka patut hari tu dia mengajak pakcik gua ke kedai membeli parang semata nak menebas lalang yang dah makin meninggi di halaman rumah. cis!!! terus kena tipu dengan pakcik gua. pakcik gua kabor kedai parang dah benkrap. jadah apa nak dipenuhi hasrat dia itu? dibuatnya tersalah swap parang itu, karang ada yang tergeliat sana sini..hah, makin payah jadinya.
[ padan muka lu nenek, kena tipu! keh keh keh ]
tadi gua ada cerita kan sepanjang hayat gua, cuma dua kali dia titiskan air mata kan?
mahu tahu bila?
bila anak lelaki bongsu dia meninggal dunia. sungguh! itu jam pertama gua lihat dia titiskan air mata.
jam kedua, bila ada satu hari dia peluk erat menantu [ isteri kepada anak lelaki beliau yang telah meninggal dunia itu ] . gua lihat, semenjak anak lelaki dia meninggal, memang nampak dia punya sebak setiap kali dia memeluk menantu nya itu.
dan bila menantunya itu pun pergi meninggalkan dia buat selamanya, sekali lagi dia titiskan air mata.
yes! maknanya tiga kali lah kan? ini lah akibat dasar si bengap kira kira cuba meletakkan unsur unsur pengiraan dalam penceritaan.
bila gua cakap titiskan air mata, maknanya memang beliau hanya titiskan air mata. bukan nak meratap segala. boleh nampak kan jauh mana dia punya tabah kan? walhal, dia dah kehilangan anak lelaki sendiri. anak yang dikandung 9 bulan 10 hari, yang dibesarkan dari sekecik kecik manusia hingga segendut gendut lelaki
[ i'm so sorry pakcik. just kidding. lu pun tau kita suka gurau macam gini kan? keh keh keh ]
[ tapi gua kira pakcik gua itu beruntung sebab masih punya doa ibu yang boleh membantu dia di alam sana ]
mungkin pengalaman masa muda, ditinggalkan suami dengan anak yang masih kecil banyak membentuk hati tabah nenek gua ini. gua tak dapat bayang, membesarkan anak secara indie tanpa suami disisi macam mana dia punya susah. nak nak zaman dulu ye dak? memang gua respek abes ke nenek gua. sampai gua rasa hairan, macam mana tubuh kecik tu buleh tampung segala jenis kisah sedih dalam hidup. fuh!
[ gua tabik spring sama lu nenek! betul! ]
lagi satu hal yang buat gua respek abes sama nenek ialah betapa powernya beliau di arena dapur. memang champion. mungkin sebab itu dulunya dia dilantik menjadi ketua chef dalam setiap kenduri kahwin di kampung. masa gua kecik dulu, memang kalau raya segala macam jenis kuih tradisional akan terhidang atas meja. home-made tu derr. sampai anak buah dia entah dari mana datang ziarah selain mahu minta ampun maaf, menjamu kuih kacau nenek yang jadi nawaitunya.
[ cuma yang gua hairan ni, apasal dia punya art of masak tu tak sampai ke gua ? ini tak lain tak bukan, yahudi punya kerja lah ni. pui! keh keh keh ]
ok. lagi satu! nenek gua punya daya ingatan ni memang power. tu belum kira telinga. memang tak boleh nak bisik bisik depan dia. laju ja dia buleh menyampuk. pehh!!! nak menipu? mimpi lah. mungkin ini berkat dia mengajar budak budak kampung tu mengaji Al-Quran.
[ ya Allah, banyak betul ganjaran untuk orang yang menngajar mengaji ni kan? jenis tak putus dia punya ganjaran sampai mati nanti ]
cuma sejak nenek gua jatuh bilik air , sampai kena jahit kepala hari tu..dia dah mula lupa sikit sikit. memang masuk icu jugak seminggu. umur dah lanjut, doktor tak boleh buat apa. doktor siap cakap ini mejik kerana dia sendiri hairan macam mana nenek buleh survive dalam kes yang semacam ini. doktor yang bukan muslim suruh kami bersyukur dan bagi sepenuh perhatian ke nenek, jangan bagi dia jatuh lagi. kalau nenek jatuh lagi, memang harap ke kuasa Allah sahaja lah. dan akibat dari scene jatuh itu, akan ada perubahan sama memori nenek.yes! itu kata doktor itu
dan sekarang gua dah mula nampak dia punya perubahan. setiap kali gua datang ziarah nenek. dialog ini mesti terselit punya lah.
" ko tukar kereta ke? hari tu kan kaler merah kereta ko. sekarang kaler biru pulak?"
gua angguk sambil senyum
"haah wan, kereta merah tu tau nak rosak je "
walhal dah tiga tahun gua tukar kereta...dan kereta gua ialah kaler kelabu sebenarnya
[ tadahal lah nek, lu nak gua ripit jawapan yang sama beratus kali pun gua tadahal punya ]
[ nenek! sekali lagi gua ulang ]
GUA TABIK SPRING SAMA LU. PEACE YAWWW!!!

6 pemikir:
abang tak baca. abang skip terus ke kotak komen
manis betul lu punya sikap ni bang. membuat para makwe di luar sana terpikat.
untung lah merasa ada nenek.. :(
yes! ada ini tak ada yang itu
ada itu tak ada yang ini :)
ok
pawe
ok
pawe
Post a Comment