Friday, December 30, 2011

yes! ini pun pesan ustaz

" kadang kadang ada orang lelaki ni , dia tak tahu. jenis sendiri tak faham. tak perasan. kena tanya jugak ke dia. macam yang Siti Khadijah buat."

peh!! power betul pesan ustaz ni. amacam makwe makwe, ada berani?



hah!
agak agak lah..ustaz ni cerita pasal menda?

Monday, December 26, 2011

makwe vs pakwe 22

sambung dari makwe vs pakwe 18

makwe : err...lu masih on lagi ke dengan plan umi lu nak angkat gua jadik menantu tu?

pakwe : eh..bila gua cakap umi nak angkat lu jadik menantu? apa perasan sangat lu ni?

makwe : deng! jangan lah gurau macam gini woi

pakwe : lah..bilanya gua gurau. gua seriyus. bila masa ntah umi nak angkat lu jadi menantu. kah kah kah

makwe : brader, lu jangan gini brader. gurau gurau jugak. jangan lah sampai gini. kan hari tu lu cakap umi nak angkat gua jadi menantu. lu dah on. lu tinggal tunggu jawapan dari gua je. ingat lah. ingat lah. lu makan semut ke apa nak lupa lupa ni woi.

pakwe : oi. lu ni dah kena rasuk ke apa? keh keh keh. tak kan lah umi gua nak angkat lu jadi menantu. lu belajar pun takat mana ja. siap berwoi woi macam ni lagi. kasar semacam.lu tengok lah diri lu, tengok stail lu. kalah gua yang laki. masuk dapur pun buleh dikira. mak mana lah nak angkat lu jadi menantu. kalu angkat jadi hantu boleh lah kot. keh keh keh

makwe : eh .. apa lain macam bunyi lu ni? rilek lah. kasar dah ni. sentap dah gua ni.

pakwe : sejak bila lu reti sentap? kah kah kah. sape jadi laki lu memang kuros kering lah tak makan. gua rasa kalu ada mana mana mak mak yang sanggup angkat lu jadi menantu, mesti mak mak tu sakit. mana mana pakwe yang sangkut dengan lu pun memang jenis masuk air. kah kah kah

makwe : lu gurau ke apa ni? rilek lah. jangan lah sampai gini weh

pakwe : betul lah kan? lu pun cakap lu jarang masuk dapur. kunyit dengan halia pun lu konpius. kah kah kah

makwe : [ ............... ]

makwe : tak pe lah. gua blah dulu. ni duit makan gua. RM 7.50, gua kira dah. tak kurang tak lebih

pakwe : kah kah kah...sentap ke woi? kah kah kah

Saturday, December 24, 2011

yes! jangan nak sedih sedih sangat

pernah kah terjadi dalam hidup lu orang iaitu bilamana lu orang rasa macam lu orang sangat serabut dan perlu seseorang untuk dilepaskan segala keserabutan itu?

pernah? bagus. mudah sikit nak hadam perihal yang bakal gua ceritakan.
tak pernah? bagus juga. lu memang jenis yang sentiasa positip dan lu orang tak membiarkan satu menjatuhkan mood mahupun graf hidup lu orang.

ok. bagi yang pernah, berapa lamakah biasanya lu orang akan pendam keserabutan itu sebelum lu orang bersedia nak menceritakan keserabutan itu?

dengan seseorang yang bagaimana pula yang lu orang bagi kepercayaan untuk mendengar keserabutan itu?

ok. katakan lah lu memang dah bersedia nak ceritakan segala keserabutan, tibatiba seseorang itu yang lu percaya sangat tak dapat mendengar keserabutan lu orang itu. nak nak bila lu jenis manusia yang payah ak berkongsi rasa . hah! apa rasa?

sedih?
sedih?
sedih?

ye lah...dah simpan lama lama, bila masuk ke fasa dah nak kongsi serabut, tetiba seseorang itu tak dapat dengar keserabutan lu. mestilah sedih kan? kan? kan?


Ah! kemon lah...jangan nak sedih sedih sangat. hell to perasaan sedih hasil bancuhan sheiton itu. sebenarnya memang Allah sengajakan lu orang tak dibagi peluang nak luah serabut ke seseorang itu.

sebab apa?

sebab Allah memang suruh lu orang mengadu straight ke DIA.

perasan dak?

Thursday, December 22, 2011

yes! menjumpakan relevan dalam jodoh [ mungkin ? ]

sungguh! harusnya gua kena pergi minta ampun kepada tuan punya badan sebelum gua mulakan cerita ini. cerita mengenai tuan punya badan yang sedikit minit lagi akan gua naikkan tanpa mohon izin. untuk menghalalkan kelakuan ini makanya, gua sorok nama sebenar beliau. dan gua akan bagi nama baru beliau ialah Melina.

diringkaskan cerita [ akibat bajet yang tidak mencukupi ] , Melina sedang dilamar secara halus oleh satu pakwe. Kira mudah cakap, Melina sedang dalam proses mempertimbangkan permohonan pakwe ini.

Pakwe anak sulong, manakala Melina anak bongsu. Pakwe ada 5 orang adik dan sudah tak punya ibu. Manakala Melina ada 3 kakak dan 2 abang. Melina pula sudah tak punya abah.

Ok. tolak soal perasaan cinta ke apa, sekarang nampak tak macam mana powernya kuasa Allah menge-link-kan antara sesama manusia?

pakwe anak sulong, melina anak bongsu
pakwe tak punya ibu, melina tak punya abah

nampak kan? yang kurang jadi lengkap.
kalaupun ditakdirkan Melina dan pakwe cuma sahabat, kisah hidup masing masing dah berjaya lengkapkan satu kisah baru kan?

tapi kalau ditakdirkan Melina dan suami, eh..pakwe..bersama berbahagia sampai akhir hayat pun apa salahnya ye dak?

semoga Melina dibukakan pintu hatinya untuk pakwe.


macam mana pun
Allah saja tahu yang terbaik kan?!! keh keh keh


peace yawww!!!

yes! perasaan ibu tak perlukan kata untuk diterjemah

skop kerja gua sangat luas. err..tak luas mana sebenarnya, cuma gua pura pura cakap luas. kerja gua macam yang gua pernah bagitahu satu masa dulu ialah berdekat dekat dengan waris si mati. ini bermakna, gua akan berurusan dengan mereka yang telah kehilangan orang yang mereka sayang . dan hilang itu memang tak kan dapat terganti. bagilah 24 juta sekali pun, bagilah kondo sebiji dua, tak kan dapat terubat sakit kehilangan itu.

dah menjadi adat, yang tua pergi dahulu. selalunya memang begitu, gua berurusan dengan mereka yang kehilangan ibu, ayah, nenek, atau datuk.

tapi bab ajal bukan buleh kira ikut adat ke apa, kalau dah tiba masa yang dijanjikan...tak kan terawal , takkan terlewat nyawa ditarik. sesuai dengan ayat tadi, maka pada satu hari gua berdepan dengan kes ibu yang kematian anak yang 'istimewa'.

ibu ini ibu tunggal. menjaga anak 'istimewa' ini sejak dari kecil. dialah susah, dialah senang.

gua perhati wajah ibu itu. simpati, memang gua simpati. dia cuba tahan air mata, tapi cubaan itu tak menjadi. tumpah juga air mata ibu itu.

gua diam. gua biarkan dia layan perasaan. biar dia lepas segalanya. gua jadi pendengar setia buat pertama kalinya.

di hujung pertemuan, dia peluk gua erat erat. gua tahu dia rindukan anak dia itu.

dan sampai sekarang setiap kali bertemu dengan ibu itu, dia tak pernah lupa nak peluk gua seerat mungkin.

gua tahu, rindu pada anak nya tak pernah berkurang walau sekuman.


*************

Al-Fatihah untuk adik An-Nisa.
Gua halakan segala jenis tabik hormat kepada ibu bapanya.
Gua tahu kalian sentiasa redha dan tabah atas ujian ini.

Wednesday, December 21, 2011

yes! pesan Umi yang cuba gua patuhi

sebenarnya sebelum umi gua berpindah ke kampung yang bukan dekat dengan pekan koboi tempat gua menetap sekarang, beliau kerap sangat berpesan, dia punya kekerapan tu dah serupa macam bernafas :

"nanti kalu jumpa kawan ya Umi ke kawan Abuya, kena tegur selalu. jangan buat tak nampak pulak. tanggungjawab Tah tu"

maka, selaku anak yang paling banyak tak patuh pesan Umi, buat kali ini gua mahu patuh pesan Umi ini.

Dengan kawan Abuya, kerja bertegur sapa jadi mudah. Cukup dengan angkat tangan tanda hormat. Dan kalau agak masing masing free dia membawak kepada acara mengeteh kat kedai makan. Selalu borak pasal politik, dan macam biasa gua jadi pendengar dan pemerhati.
Jarang sikit masuk isu peribadi.

Dengan kawan ya Umi, bukan buleh nak guna pakai cara macam bertegur sapa dengan kawan Abuya. Ini kerana kawan ya Umi lebih kepada ibu ibu. Kenalah sopan sikit . Selalunya gua akan mulakan dengan salam cium tangan dan diikuti muah muah pipi kiri dan kanan . Itu sudah jadi kemestian. Dan macam biasa, ibu ibu ini lebih menekankan isu peribadi. Dan gua tepis secara lembut dan menjaga hati dengan lawak lawak tak jadi gua. Har har har. Bukan gua tak hargai keperihatinan itu, gua sangatlah hargai. Cuma bila masuk bab masa depan ni, gua tak berani sangat nak cakap. Jenis kabur lagi.
Akhir bertegur sapa pun gua akhiri dengan cium tangan dan muah muah pipi kiri dan kanan ibu ibu itu dan sengih hehehe. Saja nak bagi ibu ibu itu terhibur dengan muka sengih gua kononnya.


Cuma hari tu, lain macam sikit dia punya feeling. Mau nya tak lain, ada satu ibu itu peluk gua erat. super erat. tak nak lepas. lama. sempat jugak gua lihat ada air mata bertakung di mata beliau.

Gua senyum. tepuk bahu ibu itu.



ya Umi,
Ana syak kawan ya Umi ni rindu ke ya Umi lah.
tu pasal dia peluk Ana lama lama sangat

Sunday, December 18, 2011

yes! sms dulu kini dan selamanya [ chinta ? ]

ini adalah esaimen dari member gua. dia suruh gua bikin entri pesal chinta via sms sahaja. entah betul entah tidak. harap tiada yang cirit ketika membaca.


[1] - via sms

pakwe : thanks!
makwe : errr...apasalkah?
pakwe : sebab nak gak teman aku lunch kat mamak tadi. ingat kau tak layan mamak. :p
makwe : keh keh keh. kebetulan dah lama tak pekena megi goreng mamak. tiba tiba ada orang tu ajak , laju je lah aku angguk.
pakwe : ekceli, aku memang tak espek kau nak join sama tadi. ye lah, b4 dis aku tengok kau selalu lalu depan opis aku, nampak macam jenis eksen ja :p
makwe : hekk....kau tu yang jenis eksen tahap langit. tak pernah nak tegur orang pun. angkat kening pun takdek. pastu tadi tetiba ajak orang lunch sama. tahu tak? aku dah nak terpensan sebenarnya tadi :)
pakwe : ok. ok. dah lama nak tegur kau, tapi segan ah. tadi ntah dari mana tetiba je dapat power nak tegur kau. :P..errr, lepas ni boleh lunch sesama lagi tak? [ plisss...bole la..bole la ]
makwe : ^_^
pakwe : kira boleh lah ni?
makwe : wif 1 kondisyen, kau kena belanja selalu!!! amacam? *wink wink*
pakwe : kalau kau suruh aku belanja kau hari hari pun aku sanggup :)
makwe :betul ni? sanggup? baheklah! aku akan pow kau dengan bersungguh sampai bila bila
pakwe : aku sanggup! betul! tak tipu :P. cayalah ckp aku, aku akan belanja kau hari hari nanti hahaha


[2] - via sms

makwe : ehem! awak! ada menda nak tanya ni.
pakwe : amboi..tadi punya lah lama saya dok depan awak, takdek nak tanya menda pun. asyik tengok lantai je. kihkihkih
makwe : ye lah...orang segan ah. *tutup muka pakai paper bag*
pakwe : kikiki..sejak bila awak tahu nak segan ni?
pakwe : btw, awak nampak super duper comel dengan muka segan awak tadi. rasa macam nak suruh awak segan sampai bila bila.
makwe : ish..tumbuk karang!
pakwe : tumbuk lah...tumbuk lah..kat dada tawww! tumbuk slow slow. kah kah kah
makwe : ish! miyam!
pakwe : mak miyam dengan kau je nyah..awwww
makwe : *pensan*
makwe : Ya Allah, lindungilah aku dari orang miyam macam dia ni. Aminnn
pakwe : kih kih kih. siap doa teww... no worry lah , miyam sy ni miyam berhala tuju tau. awak pun tau kan? *wink wink*
makwe : tak tahu pun. lalalala
pakwe : karang saya eksplen , awak yang tak larat nak dengar, mula lah tutup telinga lah, tutup muka pakai paper bag lah, buat buat pensan lah. macam lh saya tak kenal awak ...kan? kan? kan?
makwe : pandai nyeewww orang ni...keh3. oklah, orang dah nantuk ni. mata macam ada lekat tong gas. ijinkan saya lelap dulu ya om? boleh ya om? tata! \
assalamualaikum !
pakwe : haiipp!!! tak boleh!!!
makwe : keji lah! jenis warden penjara. apasal saya tak buleh lelap pulak?
pakwe : sebab awak tak cakap lagi apa yang awak nak tanya tadi.
makwe : bukan orang tanya lah..mak saya yang tanya
pakwe : mak awak tanya menda?
makwe : kejap! saya amek paper bag dulu * tutup muka *
makwe : errr..mak tanya. bila awak nak ajak mak pak awak datang sini?
makwe : datang sini bawak orang ramai ramai.
pakwe : ?
makwe : ?
pakwe : datang ?
makwe : ye lah
pakwe : bawak cincin utk awak?
makwe : ^_^


[3] -via sms

makwe : kenapa eh? sekarang ni kita jarang sms , tak macam dulu-dulu...tak best lah
:(
pakwe : buat apa nak sms selalu kalau cayang dah ada depan mata abang . abang dah ada depan mata cayang. kan? :)
makwe : hehe..cayang abang!! cayang manyak manyak. muaaaahhh!!!
pakwe : cayang cayang jugak! cayang manyak manyak manyak. lagi manyak dari cayang. :)
makwe : eleh, perasanlah! orang lagi cayang dia manyak lah. manyaaaaaak sanat!
pakwe : ye lah, ye lah. cayang lagi cayang abang manyak. tapi abang cayang cayang manyak sikit jugak dari cayang cayang abang. kah kah kah!
makwe : jenis busuk! entah macam mana buleh sangkut ke pakwe macam gini. huh!
pakwe : merajuk let teww. cayang mana buleh merajuk selalu. nanti efek ke junior kita dalam perut tu. btw, kem salam kat junior kita tu. cakap kat dia , abang cayang dia lebih dari umi dia. kah kah kah
makwe : tengok tu! namoh kawan! dah duduk sebelah sebelah pun nak kirim salam, cakap lah sendiri. Huh!
pakwe : kah kah kah. dah tau dok sebelah sebelah, yang dok gigih cayang start sms abang tadi bakpe?
makwe : saje jeww...rindu nak sms dgn pakwe cayang nih . ^_^
makwe : abang..ILY!!!
pakwe : dah! dah! tdo jom. ibu preknen kena cukup tido kan?! :*




hah.... gua dah tak tahu buat ending macam mana. payah betul esaimen pasal chinta ni...versi sms pulak tu. pui! kira halal je lah ending lagu ni ye dak?

Friday, December 16, 2011

yes! kali ini cerita gua memang panjang

hari ini gua pulang ke kampung, curi masa jenguk wajah tua yang menyimpan cerita dalam setiap kedut yang makin beraja di wajah


[ jenis cucu apa yang jenguk nenek sebulan (atau lebih tepat berbulan) sekali ]


sambil dengar cerita nenek, gua curi renung wajah itu. fuh! apa jenis nenek yang gua ada ni?


jenis tabah semacam! jenis tak pernah tunjuk kesedihan sampaikan kadang kadang gua rasa nenek gua ini sebuah robot


[ seumur hidup cuma dua kali gua lihat dia titiskan air mata ]


walhal dengan jalan hidup yang banyak liku liku, selekoh selekoh tajam, berlubang lubang, segala macam bonggol dan tak sampai satu batu pun jalan yang betul betul sempurna [ di mata manusia ], dia boleh jadi seorang yang murah air mata ..tapi dia memilih untuk jadi kedekut


[ bagus nenek! bagus! ]a

[ cerita sedih bakpe nak dikongsi ye dak? lain lah orang nak kongsi dengan kita, kita jangan kongsi dengan orang ]

[ gua respek spring sama lu nenek ]


nenek gua kalau ikut secara ofisyelnya berumur 91 tahun. tapi gua tahu tipu ja tu. mesti dekat 100 tahun juga umur dia. tapi dia ni jenis masih stedi. ada ka patut hari tu dia mengajak pakcik gua ke kedai membeli parang semata nak menebas lalang yang dah makin meninggi di halaman rumah. cis!!! terus kena tipu dengan pakcik gua. pakcik gua kabor kedai parang dah benkrap. jadah apa nak dipenuhi hasrat dia itu? dibuatnya tersalah swap parang itu, karang ada yang tergeliat sana sini..hah, makin payah jadinya.


[ padan muka lu nenek, kena tipu! keh keh keh ]


tadi gua ada cerita kan sepanjang hayat gua, cuma dua kali dia titiskan air mata kan?

mahu tahu bila?

bila anak lelaki bongsu dia meninggal dunia. sungguh! itu jam pertama gua lihat dia titiskan air mata.

jam kedua, bila ada satu hari dia peluk erat menantu [ isteri kepada anak lelaki beliau yang telah meninggal dunia itu ] . gua lihat, semenjak anak lelaki dia meninggal, memang nampak dia punya sebak setiap kali dia memeluk menantu nya itu.

dan bila menantunya itu pun pergi meninggalkan dia buat selamanya, sekali lagi dia titiskan air mata.

yes! maknanya tiga kali lah kan? ini lah akibat dasar si bengap kira kira cuba meletakkan unsur unsur pengiraan dalam penceritaan.


bila gua cakap titiskan air mata, maknanya memang beliau hanya titiskan air mata. bukan nak meratap segala. boleh nampak kan jauh mana dia punya tabah kan? walhal, dia dah kehilangan anak lelaki sendiri. anak yang dikandung 9 bulan 10 hari, yang dibesarkan dari sekecik kecik manusia hingga segendut gendut lelaki


[ i'm so sorry pakcik. just kidding. lu pun tau kita suka gurau macam gini kan? keh keh keh ]

[ tapi gua kira pakcik gua itu beruntung sebab masih punya doa ibu yang boleh membantu dia di alam sana ]


mungkin pengalaman masa muda, ditinggalkan suami dengan anak yang masih kecil banyak membentuk hati tabah nenek gua ini. gua tak dapat bayang, membesarkan anak secara indie tanpa suami disisi macam mana dia punya susah. nak nak zaman dulu ye dak? memang gua respek abes ke nenek gua. sampai gua rasa hairan, macam mana tubuh kecik tu buleh tampung segala jenis kisah sedih dalam hidup. fuh!


[ gua tabik spring sama lu nenek! betul! ]


lagi satu hal yang buat gua respek abes sama nenek ialah betapa powernya beliau di arena dapur. memang champion. mungkin sebab itu dulunya dia dilantik menjadi ketua chef dalam setiap kenduri kahwin di kampung. masa gua kecik dulu, memang kalau raya segala macam jenis kuih tradisional akan terhidang atas meja. home-made tu derr. sampai anak buah dia entah dari mana datang ziarah selain mahu minta ampun maaf, menjamu kuih kacau nenek yang jadi nawaitunya.


[ cuma yang gua hairan ni, apasal dia punya art of masak tu tak sampai ke gua ? ini tak lain tak bukan, yahudi punya kerja lah ni. pui! keh keh keh ]


ok. lagi satu! nenek gua punya daya ingatan ni memang power. tu belum kira telinga. memang tak boleh nak bisik bisik depan dia. laju ja dia buleh menyampuk. pehh!!! nak menipu? mimpi lah. mungkin ini berkat dia mengajar budak budak kampung tu mengaji Al-Quran.


[ ya Allah, banyak betul ganjaran untuk orang yang menngajar mengaji ni kan? jenis tak putus dia punya ganjaran sampai mati nanti ]


cuma sejak nenek gua jatuh bilik air , sampai kena jahit kepala hari tu..dia dah mula lupa sikit sikit. memang masuk icu jugak seminggu. umur dah lanjut, doktor tak boleh buat apa. doktor siap cakap ini mejik kerana dia sendiri hairan macam mana nenek buleh survive dalam kes yang semacam ini. doktor yang bukan muslim suruh kami bersyukur dan bagi sepenuh perhatian ke nenek, jangan bagi dia jatuh lagi. kalau nenek jatuh lagi, memang harap ke kuasa Allah sahaja lah. dan akibat dari scene jatuh itu, akan ada perubahan sama memori nenek.yes! itu kata doktor itu


dan sekarang gua dah mula nampak dia punya perubahan. setiap kali gua datang ziarah nenek. dialog ini mesti terselit punya lah.


" ko tukar kereta ke? hari tu kan kaler merah kereta ko. sekarang kaler biru pulak?"


gua angguk sambil senyum


"haah wan, kereta merah tu tau nak rosak je "


walhal dah tiga tahun gua tukar kereta...dan kereta gua ialah kaler kelabu sebenarnya






[ tadahal lah nek, lu nak gua ripit jawapan yang sama beratus kali pun gua tadahal punya ]

[ nenek! sekali lagi gua ulang ]





GUA TABIK SPRING SAMA LU. PEACE YAWWW!!!

Thursday, December 15, 2011

makwe vs pakwe 21

pakwe : ahh!!! semua perempuan sama saja.

makwe : memang lah. kalau dah tak sama, maksudnya dia bukan perempuan. mungkin dia jenis lelaki atau jenis separuh separuh

Wednesday, December 14, 2011

makwe vs pakwe 20

makwe : brader, lu ni isap rokok kalah makan nasik ni apasal? sejam sekali gua tengok. stress ke apa?

pakwe : lu jawab dulu soalan gua, lu makan gula gula macam minum air tu apasal? stress ke apa?

Tuesday, December 13, 2011

yes! tentang tentang

"tahukah aok negeri 'itu' jauh di mata , tapi dekat di hati?" -mael, tentang mael

" berlapang dada " -leman, tentang leman

"menda baik memang memerlukan sedikit kesabaran kawan " epi, tentang epi

Sunday, December 04, 2011

cerpen indie 21 : pengantin lari , pengantin balik [ jenis cerpen berantai ]

rantai 1 : Ramli yang sepi
rantai 2 : layla-oh-layla
rantai 4: lima hati
rantai 8 :ramli yang gila


meowww meoww meowww

Bunyi sms masuk. Hafis tersengih sendiri. Memang dia dari awal awal dah setting tone kucing mengeoww spesyel untuk Rudeen yang memang gilakan kucing.

- err..err..mak orang tanya ni, errr..lupalah mak tanya apa tadi. kejap eh, orang pegi tanya mak balik -

Hafis sengih sampai telinga sambil geleng kepala. Macam ada rama rama terbang keliling . Layla yang duduk berdepan dengan dia pun dah gaya queen of rama rama. Rudeen memang macam macam sikit dia punya perangai, jenis tinggi sangat segannya, macam lah Hafis tak tahu Rudeen nak tanya apa sebenarnya.

- ececece...abang tahu rudeen nak tanya apa, tapi rudeen malu kan? kan? kan? -

Hafis reply sms Mumtaz Mahalnya itu sambil diperhati rama rama imajinasi kelilingnya tadi.

....

Rudeen tekup muka dengan bantal. Macam manalah Hafis buleh tahu dia tengah malu macam gini. Hik hik hik

~ chinta terasa bahagia, hanya menunggu saat dan tika ~
macam terdengar dengar suara Monoloque menyanyi lagu Chinta kat cuping telingan Rudeen.
E cheh!
Rudeen tekup muka sekali lagi.




[ rumah Pak Long Kamil ]

Bidin tarik muka hairan bila nampak susuk Hadi segak berbaju songket hijau pucuk pisang yang terjelepuk tepi simpang. Ahli rombongan lain pun muka masing masing terkedu saja. Muka lapar pun ada. Hairan juga Bidin.

" wat de........? "

Mula mula Bidin berhajat juga nak turut serta rombongan lelaki. Untung untung dapat duduk meja beradab. Buleh rasa kambing golek cicah sos babikiyu. Tu belum kira udang tenggek nenas. slurrrpp

" ah..tapi karang nak kena tunggu berkompang segala, baru dapat makan. perut aku dah lapar tahap dewa ni mana buleh nak tunggu kompang ke apa sekarang ni"

Makanya Bidin terus melintasi rombongan Hadi dengan mengangkat tangan sebagai tanda hormat. Kalu nak bersalam, karang semua kena disalam.

Sampai di khemah tetamu, Bidin terus ke meja lauk. Buleh tahan mewah juga lauk kenduri ni. Pulaknya masa tu belum ramai sangat tetamu yang datang. Sambil makan, Bidin panjang panjangkan leher, tak nampak kelibat Pak Long Kamil. Yang kedengaran ada kecoh kecoh kat dalam rumah, tapi bagi Bidin itu hal biasa. Adatlah kecoh kecoh kat rumah kenduri ye dak?




[ rumah Hafis ]

" hoi Hafis! yang kau dok sengih kenapa? aku tanya ni siapa Rudeen? Siapa Latifah? "

Tiba tiba rama rama imajinasi yang terbang riang keliling Hafis tadi terus menghilang. Kaget dengan jeritan Layla.

"wooo..rilek. rilek. Kau dah lah mekap tak rupa pengantin lain, nak marah marah pulak. Tu! cuba di bawa minum air ribena tu. bagi sejuk sikit hati kau tu. kita kalu tengah panas ni, orang cakap apa pun bukan buleh masuk ke telinga"

Layla tuang air ribena dalam gelas IKEA. Tak cukup segelas , di-refill lagi segelas. Di-refill lagi segelas. Cukup 3 gelas, Layla dah mula nampak sejuk. Power jugak air ribena Pak Meor ni rupanya.

" Hah...cerita nya macam gini. Latifah tu sepupu Hadi yang baru balik belajar dari Ausie. Diorang memang ngam ho dari kecik. Lagipun masa kecik kecik dulu, mak pak Latifah yang jaga Hadi. Aku pun kenal Latifah tu. Kalu nak dibandingkan dengan kau yang mekap tak serupa pengantin ni memang kalah lah kau ..keh keh keh "

" Lek ...lek...aku gurau" kata Hafis sedikit cuak bila nampak Layla macam dah nak menyinga semula.

"Rudeen tu? Siap sama sama pergi beli baju kat butik kau dengan Hadi kan? hah! apa cerita ?"

Hafis tarik sengih semula. Terbayang muka tersipu sipu Rudeen hari tu. Sekali lagi, rama rama imajinasi datang terbang beramai ramai.

"Rudeen tu ...kira macam ...... mumtaz mahal aku sekarang ni. chinta hati aku. hari tu yang memang Hadi mintak dia teman beli baju kurung untuk kau tu. "

Layla kerut kening lagi.

" lah...Rudeen lah weh. Budak batch kita jugak dulu . dia memang takdek menda dengan Hadi kau tu. bukan taste dia Hadi tu. Lainlah macam aku. keh keh keh "

Layla kerut kerut kening lagi. Cuba ingat mana satu Rudeen ni. Selang sepuluh minit, Layla masih lagi kerut kening.

" Entahlah , aku tak tahu nak pakai cakap sapa . sekarang ni hantar aku balik rumah. Malas lah aku lari lari macam tadi. Penat pulak rasanya. Rombongan Hadi pun mesti dah sampai ni. Lagi senang aku nak buat keputusan, biar aku berdepan dengan semua"





[ rombongan Hadi ]

Masing masing dah mula berkipas. Yang perempuan berkipas pakai tudung. Yang lelaki berkipas pakai songkok. Ramli buat buat berkerut sambil mendail , konon buat panggilan ke mana mana member yang ada nampak kelibat Layla. Padahal dalam hati, Ramli gelak kesyaitanan. Plan A dia menjadi. Hua hua hua.

Hadi masih lagi statik. Terkejut betul dia dengan kerja gila Layla ni. Padahal baru semalam dia dan Layla bergelak ketawa dalam talipon. Kenapa Layla? Kenapa?

Haji Rizal dan Tok Siak mula berkira kira nak melangkah masuk ke rumah Pak Long Kamil. Hal macam gini kena dibawak settle cepat. Karang macam macam gossip naik. Orang kampung ni kalu bab gossip memang masing masing level ijazah.

Sedang elok nak melangkah, Bidin datang dengan muka kenyang tapi ada sedikit gopoh.

" Ha..Tok, Ji. Tadi masa nak datang sini, Saya ada nampak macam Layla menghala ke rumah Hafis"

Tercungap cungap Bidin mereport setelah tahu apa yang jadi sebenarnya. Tapi bukanlah itu punca utama dia tercungap cungap, lebih kepada perut yang penuh akibat menambah dua pinggan nasi tadi.

Hadi bangun. Macam tak percaya dengan kata Bidin, tapi Bidin memang tak pernah menipu. Semua pun tahu.

"Betul ni. Memang betul. Saya konpiden yang saya nampak tu Layla"

Haji Rizal dan Tok Siak jatuh rahang dengar statement Bidin. Tak kurang juga dengan ahli rombongan yang lain. Ramli lah yang paling jatuh rahang.

Sedang masing masing jatuh rahang

Pin pin pin!

Sebuah My V Lagi best wo o o menghampiri rombongan Hadi, kelihatan Hafis tersengih sengih. Layla di sebelah tunduk tak sudah.

Sekali lagi masing masing jatuh rahang

Hadi terjelepuk sekali lagi, kali ni bukan sendiri. Ramli terjelepuk sama.








Bzzzrt...bzztzrrrtttttt..bzttttttrrr.bzttttttttt

[ SIARAN TERGENDALA ]







ok. sambung kat blog hadi

Saturday, December 03, 2011

yes! braderly leb ti-ga

itu bunyi melayu. Kalu heath ledger masih hidup, maka bunyinya akan lebih original :
Brotherly love. [ kalu kena ke embah gua yang dah jelas berbangsa jawa itu, makanya tak mustahil langsung tak keluar bunyi. jangan salah faham, embah gua memang tak pergi sekolah, jadi mustahil dia dapat membaca inggeris , melayu pun dia tak lepas ]

gua umpamakan hidup ini berbateri. sampai masa bateri semakin kurang kuasa, maka kena bawak dicas semula. serupa talipon tangan juga, kalu bateri jenis baru baru lagi, sekali cas, makan 2-3 hari jugak stedinya kalau memang talipon itu jenis pendiam. pendiam di sini membawa maksud, tak ada sms masuk, tak ada sms keluar, tak ada panggilan masuk, tak ada panggilan keluar.

kalu jenis bateri yang dah lama dan jenis ada masalah, maka kena selalu selalu lah dicas. kalau kaya sikit pergi beli bateri baru terus. tapi itu bateri, kalau hidup mana boleh nak beli baru. kalau ada yang fikir dengan bunuh diri dia buleh beli hidup baru, maka gua ucapkan selamat berjaya. lepas bunuh diri kalau jadik hantu, jangan cari gua, jangan cari sesiapa..jangan susahkan kami yang sedang menikamti hidup. tahu?

oh ya, setelah merasakan bateri semakin kurang kuasa, maka gua pergi berjumpa dengan brader brader. jenis brader cas bateri ni jenis lain sikit. dia tak sama macam kakak kakak, kalu kakak kakak dia lebih ke menyentuh jiwa raga versi selembut sutera.

tapi brader brader jenis stedi. macam mana nak cakap ye? gua dah mula hilang kata kata.
e cheh! bagi gua fikir sekejap.






[ koma ]
[ koma ]
[ koma ]
[ ..... sekadar melengah masa ]





ok. macam gini,

brader brader adalah pakar dalam membakar semangat.
lu orang dapat imajin kan macam mana dia punya feel bila kena bakar semangat kan?





ah..satu baris ayat ja pun. betullah orang kabor, jenis kalu dada dah kena hempap batu ni memang lain macam sikit . jenis cenderung ke speechless.

Thursday, December 01, 2011

yes! braderly leb du-a

itu bunyi melayu. Kalu heath ledger masih hidup, maka bunyinya akan lebih original :
Brotherly love.

semalam sekali lagi ayat brader bikin dada rasa terhempap batu.

" gua tak sedap hati dari hari tu, ingat lu sakit lagi "

panggilan telefon brader itu gua selangi dengan gelak tanda gua sudah stedi. yes! gelak tanda stedi.

"kah kah. gelak dah ok ye? baguslah lu dah ok. gua dengan brader ni pun dah risau ke lu. kebetulan dia datang tanya pasal lu"

"betul ye? lu dah ok betul ni ye? betul ye?"

gua ucap terima kaseh sambil tekan gelak sebagai tanda betul betul dah stedi.




[ beberapa hari sebelum ]

awal pagi dapat panggilan telefon dari brader. tak mampu gua menjawab, makanya gua mesej ke beliau yang gua ada di klinik itu jam. dan jam jam berikutnya gua berkecuali dari teknologi yang namanya telefon.

tak sangka pulak sampai makan hari beliau punya risau.




ok. gua pergi betulkan batu yang hempap dada ni sekejap.

yes! braderly leb sa-tu

itu bunyi melayu. Kalu heath ledger masih hidup, maka bunyinya akan lebih original :
Brotherly love.

sebenarnya gua mana pernah ada abang. nak ada abang macam mana kalu dah nama anak sulung ye dak?

jadi, dari mana datangnya brederly leb kalu dah tak ada abang?

makanya , gua dapat dari rakan rakan gua yang level umurnya level brader brader.

syukur gua ditemukan dengan brader brader yang jaga gua serupa macam jaga adik sendiri. brader brader ni jugak gua syak ada hidung yang power, buktinya kalau gua kusut dan serabut , makanya diorang akan mula bertanya pasal kondisi hidup gua. macam biasa , gua akan menipu dulu dengan tersengih lebar tanda gua masih stedi dan selalunya penipuan gua itu cenderung membawa kepada kekantoian.pui! tu gua kabor diorang ada hidung power, buleh tahu pulak gua tipu.

gua namakan ini spirit berkawan dari dalam. bukan berkawan secara luaran sahaja. berkawan dari dalam ni memang membawa sampai ke lepas mati. percayalah.

satu ayat yang paling power dari sorang brader ialah :

"lu itu amanah gua. gua kena jaga lu."

fuh!! terus rasa macam ada batu hempap dada.











eh, ada gua kabor dak? brader yang cakap gua ni amanah dia ialah seorang yang berbangsa cina dan masih belum muslim.
ada tak? ada?

masa raya cina pun dia bagi ang-pow, masa raya puasa pun dia bagi ang-pow.