buku nota kecil dengan gambar pooh itu gua terjumpa semula masa gua sibuk mengemas [ baca : mencari ] dokumen yang diperlukan oleh pihak tertentu. gua kenal sangat buku nota itu. gua senyum.
jadi serba salah juga gua nak buka muka surat pertama. sebab buku nota dengan gambar pooh itu gua hadiahkan kepada lelaki pujaan sepanjang hayat masa ulangtahun beliau yang ke 48. itu jam gua baru nak SPM. alah, sebenarnya nak dikategorikan hadiah pun tak kena jugak sebab pusing pusing pun gua dapat duit dari beliau jugak.
ah..itu bukan jadi hal sangat, yang jadi hal besar ni ialah entah anasir manalah yang hasut gua bagi hadiah buku nota gambar pooh ke beliau tu?
ah..itu bukan jadi hal sangat, yang jadi hal besar ni ialah entah anasir manalah yang hasut gua bagi hadiah buku nota gambar pooh ke beliau tu?
lu orang tengok betul betul. jauh mana pergi bengapnya gua itu jam.
pooh, lelaki umur 48.
ada nampak buleh pergi satu jalan dak?
ah..tu tahan lagi. yang tak tahan sekarang ni bila gua siap bagi note kat mukasurat pertama:
"kalu Abuya sayang ana, Abuya bawaklah buku ni pegi mana mana pun ye? :)"
ah...apa lah bengap sangat gua itu jam? memantul mantul bengapnya.
haiiipp...agaknya ada kuasa asing yang telah menguasai gua sampaikan gua buleh menjadikan buku nota gambar pooh itu relevan untuk dijadikan hadiah kepada seorang lelaki maskulin yang usianya 48 tahun
takpun taukeh kedai tersebut ada pakai jin yang power sampai berjaya mengaburi mata gua itu jam
[ ah..dah bunyi fitnah pun ada juga ni ]
dan lagi gua buka mukasurat yang seterusnya dan seterusnya dan seterusnya,
penuh dengan tulisan abuya. poin poin yang dibincang dalam mesyuarat. ada tulisan jawi. tulisan rumi. ada tarikh tarikh yang gua sendiri tak tahu kenapa abuya tulis tarikh itu. ada pantun pantun. ada puisi. ada banyak tulisan. cuma tak ada lukisan sebab abuya memang gagal selalu dalam bab melukis. hahaha.
tapi bab tulisan, beliau memang champion. gifted. tak ikut law. jenis akal melimpah ruah. kalu dak, takkan lah abuya buleh ada peminat ye dak? gua lihat, peminat punya rikues pun serupa macam merikues teh tarik kepada anney.
lepas belek belek depan belakang buku nota gambar pooh tu, aku tiba tiba terkedu.
buku tu penuh dengan tulisan, maknanya abuya memang bawa ke mana sahaja buku tu. maknanya abuya betul betul sayang ke anak perempuan dia yang selalu lari elaimen itu.
abuya tak kisah langsung pasal gambar pooh tu sungguhpun masa mula mula gua bagi buku tu ke tangan abuya, abuya senyum membahan gua [ yaahh...selain dari kaya akal dalam bab menulis , abuya juga kaya dalam bab membahan..yaahh ]
ah..malas dah gua nak cakap. mata ni macam masuk habuk pulak.
susah nak taip dah.

11 pemikir:
aih tetiba ada abuk masuk mata aku jugak..
manis lahhhhhhhhh niiii!!!
aku rasa pooh okeh lagi daripada kau kasi barbie mase tu
seingat aku , aku tak pernah beli barang yang ada gambar barbie...mujurlah...
kakakaka
mak ngn makcik2 aku suka kasi aku barbie.
dulu2 babrbie dolls hoouse tu pun aku ade tau.
dan set persalinan.
barbie yang boleh dye hair.
macam2.
sanagt perempuan ~.~
amboi...pada aku sape yg ada barbie ni memang sangat perempuan dan orang kaya...kaakakakaka
Mungkin dalam diam, Abuya telah pun jatuh cinta pada Pooh.
kah kah kah!
bagus. buleh jadik modal nk membahan.
ripit komen pertama mira
dari kuala selangor, bawak ke nilai, patah balik ke kota bharu suma pun musim berhabuk agaknya
ya betul tu
memudaratkan kesehatan
mungkin kerja tidur ialah cara yang terbaik untuk menghindarim masalah ini
Post a Comment