Friday, January 20, 2012

yes! kelembutan itu kepakaran ibu

sebenarnya gua ada beberapa orang ibu. ibu yang melahirkan tetap satu iaitu perempuan terchantek sepanjang zaman , tak lain tak bukan >>>> umi gua.

yang menjadikan gua punya ibu yang beberapa itu ialah bila ada ibu-ibu yang sudi mengaku gua ini sebagai anak. sebenarnya gua sangatlah tidak sangka dan berasa amatlah tak layak nak punya ibu-ibu yang super ini kerana dikira secara mata kasar, ibu-ibu yang super dan anak yang lari elaimen tak boleh pergi satu jalan dan agak aneh jika dilihat berada sama dalam satu frame gambar.

tapi macam mana pun adalah satu kerja bengap sekiranya tidak tahu nak bersyukur bila dapat ibu-ibu yang super ini. makanya, gua sangatlah menghargai ibu-ibu ini walaupun selalunya gua terlupa nak call, terlupa nak bertanya khabar, terlupa itu, terlupa ini. cuma yang gua ingat kirim doa semoga ibu ibu ini baik baik saja dan selalu dalam rahmat dan redha Allah.

baru baru ini gua entah macam mana telah berkunjung ke rumah seorang ibu ni. sebelum sebelum itu, memang tak pernah jumpa. cuma berborak pakai sms sahaja. memang gua respek sama ibu ini. entah macam mana dia didik anak dia sampai suma jenis akal akal power belaka.

pertama kali jumpa ibu [ yang sudah pun jadi nenek sebenarnya] lima anak ini kat rumah beliau tu , gua rasa macam nak jatuh rahang pun ada. jenis comel amat. comel dengan ekstra aura keibuan. terus mari rasa bahagia berdesup ke jiwa. fuh!power! power! power!

gua dilayan umpama seorang VVIP oleh ibu itu. tinggal lagi makan tak bersuap ja. anak beliau sendiri tak sudah sudah merepeat yang beliau jeles melihat layanan ibu beliau ke gua. dia yang anak pun tak pernah dilayan sebegitu rupa.

"ah..padanglah muka lu. nampaknya mak lu lagi sayang gua dari lu. kah kah kah. "

oh ya...selain mempunyai body comel [ sila ingat yang beliau punya lima anak ] dan muka yang comel dengan ekstra keibuan, ibu ini juga ialah jenis manis dan lembut.

dia punya lembut sampai membuatkan hati mencair umpama aiskrim yang diletak di tengah terik matahari. cair 100%.

dia punya lembut sampai membuatkan gua rasa bunga bunga dalam hati .

dia punya lembut sampai membuatkan gua rasa berjalan atas hamparan sutera.

dia punya lembut sampai gua rasa tak sampai hati nak berkasar dengan anak dia.

dia punya lembut sampaikan gua dah keluar tune suara paling lembut .
fuh!



dia punya lembut sampaikan.......
gua rasa amat bengap kerana bangun dari tidur awal pulak hari tu. kalau gua bangun lambat kan dapatlah gua berdekat dekat lebih lama lagi dengan ibu tu .... haihhhh!!!







semoga ibu ini sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah. semoga satu hari nanti kita buleh jumpa empat mata dan sama sama kita bikin jeles sama anak ibu itu. keh keh keh.


dan semoga semua ibu ibu sedunia pun sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah.
peace yawww!!

8 pemikir:

SembangMalaysia said...

aku ada kawan, ibu dia keras je. tak lembut pun.. garang plak tu.. huhuu..
En Kotak Ajaib, bleh tak follow blog saya balik di http://sembangmalaysia.blogspot.com/
saya masih baru dalam blog ni. tq.

sheena said...

Thanks for honestly relating your experiences and opinions and good luck to you.
N BMW 325 AC Compressor

makwe joni said...

sembangmalaysia ~
cerr tengok dalam dalam, memang konpem selit lembut jugek ke ibu kawan kau tu

nasyrun said...

mimpikan mak aku
patutlah
haha

makwe joni said...

lalalala

jenis membuat stetmen tanpa asas

mirachantek said...

aku nak jadi mak yang cenggitu
[mod berangan kawen]
hohohohoho

ardz marn said...

oh mimpi rupanya.. patut pun..

kehairanan juga gua seketika tadi..

makwe joni said...

mira ~
yahhh...silakan. berangan bab ni takdek sapa larang


ardz marn ~
kakakaka....lu hairan tang mana pulak?