sugguhpun satu hari nanti gua punya wang yang memampukan gua berlagak dengan cincin berlian jutaan ringgit di jari manis, ataupun bergaya dengan kain empat meter ribuan ringgit lengkap dengan tas tangan edisi khas,
sama sekali itu tak menjanjikan mampu pula gua membayar harga secangkir milo panas air tangan makcik jiran
gua syak makcik jiran ada letak dua tiga titik posyen. posyen kasih sayang tanpa syarat. mana tidaknya, sebaik sahaja gua menghirup milo panas itu gua terus terlupa dengan masaalah dunia.
fuh! ingat senang nak dapat secangkir milo panas semahal itu?
payah woi! payah!

13 pemikir:
dia letak minyak lintah aku ingat...
ha..minyak lintah ni guna dia menda? sikit hari dulu kerap jugak gua dengar minyak lintah ni
nie mesti ada apa apa.. melampau beno puji makcik jiran tu..
jenis syak wasangka lu ni...haipp!
ko sarapan dekat rumah sebelah ke?
lebih ke dinner sebenarnya
makcik jiran nak buat menantulah tu.
yes! jenis nujum ke apa ni? april ni makcik jiran memang mau bikin kenduri sambut menantu
minyak lintah tu gunanya sama dengan minyak senyonyoh....hahahahahha
minyak senyonyong tu bukan macam minyak nak dapat makwe ke?
+1 untuk komen nizamsani
hahaha
ko bg air sejuk pun macam tu gak
jijah ~
kakaka.....air sejuk kalu kena time tengah panas tak ke sorega namanya
lelaki kepala awan ~
jenis tiru +1
Post a Comment