atau lebih tepat from single to married [ langkah bendul ]. kawan gua ini muda dua tahun dari gua. makanya gua isytiharkan dia itu melangkah bendul.
sungguhpun gua dah isytihar secara jelas yang dia melangkah bendul, namun begitu dia masih salahkan gua . dia kabor gua lambat sangat. ciss.
dan bila member gua secara melawak pergi kabor yang gua juga akan menikah dalam tahun ni , ayat yang keluar dari mulut dia ialah :
" kau dapat kulit itam ke kulit putih"
kahkahkah. dem! mentang mentang lu dapat makwe putih. kalu ayat tu datang dari orang lain, memang mau sentap juga. tapi sebab datang dari dia yang gua kenal dari dulu memang jenis gurau kasar, makanya ayat itu tak jadi hal pada gua.
yang gua jadi gigih nak menulis pasal menda ni sebab dia ni gua dah masukkan dalam kategori sahabat. dia punya level sahabat tu sampai bikin gua sebak bila dia nak menikah. sebak dalam hatilah tapinya. kalu dizahirkan sebak ni mau jugak kena bahan seumur hidup.
sebak bukan sebab jeles ke apa. sebak ni lain sikit. gua agak inilah yang umi gua rasa masa pakcik gua paling muda nak menikah dulu. itu jam gua menyangkal umi gua dengan statement, sebak masa orang menikah ialah salah. bakal mencacatkan suasana.
tapi bila makin bertambah usia, gua sendiri rasa dia punya feel tu jauh mana dia punya pergi. sebak dan gumbira berebut pergi satu jalan. kahkahkah.
yah, berbalik kepada sahabat gua tadi. sebenarnya gua bukan setakat kenal dia ja, satu family dia gua kenal. mak pak dia pun gua kenal. yah..gua ialah jenis manusia yang kalu gua rasa ngam dengan seseorang, gua jadi ringan nak kenal dengan semua family member dia.
yah, bila gua ingat ingat balik. gua rasa persahabatan gua dengan dia ni nampak macam berat sebelah. dia lagi banyak tolong gua. masa gua eksiden, dia gigih mencari sampai ke workshop. dia jugak antara yang terawal gua kabor gua eksiden.
masa umi gua masuk hospital, dia juga antara yang terawal gua kabor. ya, gua kabor saja saja ja sebenarnya, tapi dia dan lagi datang ziarah umi gua dengan adik dia.
dan masa lepas umi gua konpem keluar hospital, dia juga antara kawan gua yang datang. dia juga antara yang terawal gua kaborkan keluarnya umi dari hospital. gua cuma nampak dia dari jauh dalam ramai ramai it, tak sempat gua datang dekat ke dia tapi itu tak menidakkan rasa terharu gua dapat sahabat serupa dia.
masa motor member serumah gua rosak pun, dia mari juga baiki motor tu. malam-malam tu. kah kah kah. elok sangat lah tu anak bujang datang baiki motor kat rumah anak dara. mujurlah makcik jiran ada sekali, takdek lah nampak aneh sangat scene malam itu.
ah...banyak lagi hal yang bikin gua rasa persahabatan ini berat sebelah. tu belum kira mak pak dia punya prihatin ke gua. padahal gua satu scene pun takdek menolong dia dan makpak dia. gua tak tahu nak tolong menda sebenarnya.
ingat senang ke nak dapat sahabat rupa gini? payah woh! payah!
dem! apa panjang sangat gua bebel ni. ok sahabat, kalu lu ada baca cerita ini, gua harap lu tak bahan gua secara depan depan kalu lu tak nak gua terbalikkan kerusi macam dulu. kahkahkah.
apa pun semoga lu dan isteri lu bahagia bersama dunia akhirat. dia tu amanah lu bhai, lu kena bimbing dia sehabis molek. gua yakin lu buleh jadi the best imam untuk isteri dan anak anak lu.Barakallah!
dan
sampai betul-betul gua dapat pakwe putih nanti, lu jangan buat buat terkejut pulak. ingat gua tak reti nak mengurat? sila stenbai peti ais dua pintu sebagai hadiah perkahwinan gua . kahkahkah.
ok. ok. selamat selamanya!
selamat selamanya sahabat!

6 pemikir:
tahniah wat kawan lu....
lu cepat lah kawen...anak gua tunggu nak kawan ngan anak lu...
kakakaka
sementara tunggu anak gua yang entah bila itu, apa kata lu bagi anak lu kawan dengan sepupu gua umur 7 bulan itu
masa member kamceng gua kawen dulu pun gua rasa sedey maaa..tengok skang dah tak da masa nak huha huhaa..
ini memang cool kak rud. aku doakan akak dpt jodoh kulit putih. ni seriuss
jadahnya.. sedih juga gua baca cerita lu nie.. mendatang juga sebak dihati gua..
kalau la lu dengan **a **a ****h.. mesti tgh seronok sekarang ek..
kih3... larikkkkssss...
.
ardz marn ~
**a **a ****h ni kategori manusia ke alien? apa banyak sgt bintang2 ni?
kakakak
wadi ~
kakaka....ok2. gua hargai keseriusan lu
jo ~
kan? kan? kan?
Post a Comment