Monday, February 20, 2012

yes! ini yang akhir

yes! ini cakap cakap sampah yang akhir sebelum gua pergi bercuti. panjaaaang. berapa panjang tu tak pulak diketahui. kalu ikut rancangan gua adalah sebulan dua. tapi  gua ini manusia yang suka merancang tapi tidak bijak merancang kerna kebanyakan peracangan gua selalu menuju kegalalan. kahkahkah. 

kalau perancangan gua menemui kejayaan total bagi seorang pengkalah seperti gua ini, makanya mungkin esok lusa gua akan terhegeh hegeh merepek lagi. jangan muntah pula itu jam.

jadi, sebelum gua berangkat untuk percutian entah sampai bila ini..makanya gua mohon maaf dari awal sampai sekarang ini. jenis manusia yang selalu lupa, lalai menjaga kata memang tak payah nak cakap -andai ada salah silap-, memang dah tentu tentu banyak salah silapnya. kahkahkah

sila maafkan. bila lu orang dah maafkan laju sikit kaki gua melangkah sepanjang cuti ni. senang sikit gua nak eksen ke lu orang dengan cerita gua sepanjang percutian gua nanti. kahkahkah.

ok. ok . gua pergi cuti dulu.

tak payahlah nak kirim sebiniye ke apa. kirim pakai air liur memang kirim salam lah. kahkahkah.

astaghfirullah...maafkan saya, saya bergurau cuma. kakakaka





ok. ok. jumpa lagi kalu diizin Tuhan
selamat semuanya!
selamat!


Wednesday, February 15, 2012

yes! edisi angan dalam sedar

sugguhpun satu hari nanti gua punya wang yang memampukan gua berlagak dengan cincin berlian jutaan ringgit di jari manis, ataupun bergaya dengan kain empat meter ribuan ringgit lengkap dengan tas tangan edisi khas,
sama sekali itu tak menjanjikan mampu pula gua membayar harga secangkir milo panas air tangan makcik jiran

gua syak makcik jiran ada letak dua tiga titik posyen. posyen kasih sayang tanpa syarat. mana tidaknya, sebaik sahaja gua menghirup milo panas itu gua terus terlupa dengan masaalah dunia.

fuh! ingat senang nak dapat secangkir milo panas semahal itu?

payah woi! payah!

Monday, February 13, 2012

yes!

sementara belum bertambah tanggungjawab, berundur diri adalah jalan terbaik

Sunday, February 12, 2012

yes! calon

pada pandangan gua, seorang calon menantu dan calon isteri itu mestilah cukup :

a) cukup solat 5 waktunya yang sempurna

b) cukup tegasnya tanpa menidakkan kelembutan

c) cukup kain untuk menutup apa yang tak harus didedah pada umum

d) cukup garam dan gula dalam setiap masakan

e) cukup rajin nak kaut segala ilmu


dah tu. lu tu dah cukup ke dak? belum kan? kan?






oh. jangan salah faham. ini edisi bercakap dengan diri sendiri.

Thursday, February 09, 2012

yes! selamat selamanya sahabat

baru baru ini sahabat gua baru sahaja menukar status. bak kata fesbuk, from single to married.
atau lebih tepat from single to married [ langkah bendul ]. kawan gua ini muda dua tahun dari gua. makanya gua isytiharkan dia itu melangkah bendul.

sungguhpun gua dah isytihar secara jelas yang dia melangkah bendul, namun begitu dia masih salahkan gua . dia kabor gua lambat sangat. ciss.

dan bila member gua secara melawak pergi kabor yang gua juga akan menikah dalam tahun ni , ayat yang keluar dari mulut dia ialah :

" kau dapat kulit itam ke kulit putih"

kahkahkah. dem! mentang mentang lu dapat makwe putih. kalu ayat tu datang dari orang lain, memang mau sentap juga. tapi sebab datang dari dia yang gua kenal dari dulu memang jenis gurau kasar, makanya ayat itu tak jadi hal pada gua.

yang gua jadi gigih nak menulis pasal menda ni sebab dia ni gua dah masukkan dalam kategori sahabat. dia punya level sahabat tu sampai bikin gua sebak bila dia nak menikah. sebak dalam hatilah tapinya. kalu dizahirkan sebak ni mau jugak kena bahan seumur hidup.

sebak bukan sebab jeles ke apa. sebak ni lain sikit. gua agak inilah yang umi gua rasa masa pakcik gua paling muda nak menikah dulu. itu jam gua menyangkal umi gua dengan statement, sebak masa orang menikah ialah salah. bakal mencacatkan suasana.
tapi bila makin bertambah usia, gua sendiri rasa dia punya feel tu jauh mana dia punya pergi. sebak dan gumbira berebut pergi satu jalan. kahkahkah.

yah, berbalik kepada sahabat gua tadi. sebenarnya gua bukan setakat kenal dia ja, satu family dia gua kenal. mak pak dia pun gua kenal. yah..gua ialah jenis manusia yang kalu gua rasa ngam dengan seseorang, gua jadi ringan nak kenal dengan semua family member dia.

yah, bila gua ingat ingat balik. gua rasa persahabatan gua dengan dia ni nampak macam berat sebelah. dia lagi banyak tolong gua. masa gua eksiden, dia gigih mencari sampai ke workshop. dia jugak antara yang terawal gua kabor gua eksiden.

masa umi gua masuk hospital, dia juga antara yang terawal gua kabor. ya, gua kabor saja saja ja sebenarnya, tapi dia dan lagi datang ziarah umi gua dengan adik dia.

dan masa lepas umi gua konpem keluar hospital, dia juga antara kawan gua yang datang. dia juga antara yang terawal gua kaborkan keluarnya umi dari hospital. gua cuma nampak dia dari jauh dalam ramai ramai it, tak sempat gua datang dekat ke dia tapi itu tak menidakkan rasa terharu gua dapat sahabat serupa dia.

masa motor member serumah gua rosak pun, dia mari juga baiki motor tu. malam-malam tu. kah kah kah. elok sangat lah tu anak bujang datang baiki motor kat rumah anak dara. mujurlah makcik jiran ada sekali, takdek lah nampak aneh sangat scene malam itu.

ah...banyak lagi hal yang bikin gua rasa persahabatan ini berat sebelah. tu belum kira mak pak dia punya prihatin ke gua. padahal gua satu scene pun takdek menolong dia dan makpak dia. gua tak tahu nak tolong menda sebenarnya.

ingat senang ke nak dapat sahabat rupa gini? payah woh! payah!

dem! apa panjang sangat gua bebel ni. ok sahabat, kalu lu ada baca cerita ini, gua harap lu tak bahan gua secara depan depan kalu lu tak nak gua terbalikkan kerusi macam dulu. kahkahkah.

apa pun semoga lu dan isteri lu bahagia bersama dunia akhirat. dia tu amanah lu bhai, lu kena bimbing dia sehabis molek. gua yakin lu buleh jadi the best imam untuk isteri dan anak anak lu.Barakallah!

dan

sampai betul-betul gua dapat pakwe putih nanti, lu jangan buat buat terkejut pulak. ingat gua tak reti nak mengurat? sila stenbai peti ais dua pintu sebagai hadiah perkahwinan gua . kahkahkah.


ok. ok. selamat selamanya!
selamat selamanya sahabat!

Tuesday, February 07, 2012

yes! dari 100 bawa ke 0

ceritanya bermula dengan 100.
orang cakap beruntunglah hidup bila ada 100. tetapi gua memilih untuk tidak mengambil 100. hanya 30. atau paling tinggi ia hanya mencecah 40. melarang diri untuk ambil 100 ialah kepakaran gua. beruntung juga perangai degil ini digunapakai untuk ini.

sekarang sudah jatuh ke 0. mujurlah gua ambil 30. bukan 100. kalau 100, mungkin gua menaip dari alam lain.